Sumber : Member YM


gadis baik ME at 1/31/2009 02:41:00 PM 2 komen yang bernas?
PERDANA Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, menyebabkan hadirin Forum Ekonomi Dunia (WEF) terdiam apabila memarahi Presiden Israel, Shimon Peres, kerana menafikan Tel Aviv bersalah mengganas di Gaza dengan berkata: "Kamu bunuh mereka."
Erdogan berang selepas penulis Washington Post yang mempengerusikan majlis, David Ignatius, hanya memberinya 12 minit untuk berucap sedangkan Peres, 85, lantang berhujah selama 25 minit dan merujuk kepada pejuang Hamas sambil bertanya: "Mengapa mereka lancar roket? Gaza tidak dikepung. Mengapa mereka lawan kami, apa yang mereka mahu? Kebuluran tidak berlaku walau sehari di Gaza."
Apabila Ignatius memberinya satu minit untuk menjawab balas, Erdogan menuduh pengerusi itu menyekatnya membalas hujah Peres dengan berkata: "Saya kesal bagi mereka yang bertepuk tangan mendengar kamu bercakap. Kamu bunuh penduduk Gaza. Saya rasa itu adalah salah."

gadis baik ME at 1/31/2009 01:45:00 PM 0 komen yang bernas?

Peluru berisi fosforus seperti bom jangka dalam badan Katanya, seorang mangsa, Ahmad, 16, menerima nasib malang apabila perutnya ditembak dengan peluru fosforus pada 12 Januari lalu.
"Mangsa dihantar ke Hospital Al-Sifa sebelum pembedahan untuk mengeluarkan peluru dari perutnya.
"Namun sebaik peluru berisi fosforus itu terdedah kepada udara, ia tiba-tiba terbakar sebelum merebak. Akibatnya doktor terpaksa memotong tali perut mangsa yang hancur," katanya.
Katanya, mangsa yang semakin parah bagaimanapun terpaksa menjalani tiga lagi pembedahan susulan dalam tempoh dua minggu berikutan luka pada perutnya mereput dan bernanah walaupun diubati.
"Kesan kimia fosforus amat kejam kepada manusia dan mangsa seolah-olah diseksa perlahan-lahan hingga nafas terakhir," katanya dengan nada sedih.
Beliau yang ditemui wartawan Berita Harian memberitahu, turut sebak apabila melihat kesan kecederaan Ahmad Darwis, 17, yang parah terkena serpihan peluru fosforus.
"Remaja itu terkena serpihan peluru mesingun yang ditembak helikopter Apache Israel di Betlhia, Gaza.
"Namun kimia fosforus daripada peluru yang pecah itu cukup untuk membakar kulit kepalanya selain menyebabkan biji mata kanannya buta serta merta," katanya.
Beliau berkata, sepanjang kerjayanya kecederaan parah yang dilihat di Gaza paling menyayat hati.
"Air mata mengalir apabila melihat deretan mangsa termasuk kanak-kanak hanya menanti ajal kesan penggunaan senjata diharamkan itu.
"Ini adalah peperangan antara manusia dengan bukan manusia (Israel)" katanya.
Sementara itu, seorang doktor sukarelawan dari Jordan, Dr Adnan Abu Ramadan, menganggap tindakan Yahudi menggunakan peluru kimia seperti menyamakan penduduk Gaza dengan tikus uji kaji yang mudah untuk dibunuh.

gadis baik ME at 1/31/2009 01:21:00 PM 0 komen yang bernas?

(ada sedikit kehitaman di situ. haha.. 1st time buaat. tapi sedap! :D )
gadis baik ME at 1/30/2009 09:58:00 PM 4 komen yang bernas?
sedang aku berbahagia bersama burgerku di Carl's Jr.. tiba-tiba.. muncul seorang lelaki yang lalu di hadapanku (dia baru sudah amek air).. aku terpana! "OMG! wth is he doing here? bukan ke dia dekat _______? "
tapi, aku tidak bernasib baik untuk mengusha dirinya dengan lebih lama, sebab dia lepak sebelah meja aku!! hanya sesekali aku menoleh dan memandang.. menoleh, memandang.. toleh lagi, pandaaang..
biar benar?! masuk ni, da beriban kali aku usha dia! nak kata salah orang? maybe.. 50-50. yelah, it has been awhile kan.. almost a year tak jumpa..
muka dia... sama!
rambut dia.. sama!
warna kulit.. sama!
ketinggian.. pun sama!
tapi dalam hati, still menidakkan.. setahu aku, dia ada kat somewhere.. tak mungkin la..
pastu tergerak hati nak tengok kasut die.. sekali....
SAMA jugaaak!
tapi, kenapa dia tak tegur aku? ke muka aku pun dah lain? urghh! if betul la dia, memang nak kena pelangkung la sebab tak hai hai aku.. ;p
last-last, aku text someone.. someone yang rapat dengan die... pheeew... selamaaat.. memang bukan dia! haha.. sebab dia ada kat tempat yang aku dah agak dah tu.. heee.. :)
sekiaan.. tu je nak cerita.. lalalala~ ;D
*tapi aku serase pelik? kenapa dia macam nak baik-baik balik je dengan aku? lately ni rajin lak main ym.. termasuklah tadi! (da la jumpa klon dia) haha.. tapi, selepas itu, kami bengang each other.. bak kata dzis, api-api.. memang hangus! ;p

gadis baik ME at 1/29/2009 11:28:00 PM 2 komen yang bernas?

gadis baik ME at 1/29/2009 11:13:00 PM 4 komen yang bernas?
(ntah nape la aku lukih gmbar ni.. ish3)
gadis baik ME at 1/29/2009 12:26:00 AM 0 komen yang bernas?
actually, I dont have any mood pun nak post something new...
but, teringat tadi masa kat KL..
okay, hanya kerana tiket untuk hari ahad ni,
saya sanggup meredah lautan manusia (especially, PENDATANG!)
urghh! cukup tidak suka dengan _________ ni!
bukan apa...
(try to remember..)
okay,
masa sekolah kat kajang dulu,
nak outing kt metro tu pn belambak ________.
masa nak balik matrix dulu,
tunggu bus kat terminal 1, pun belambaaaaaak __________!
and skarang ni... kat melaka central tu,
tu pun sama je belambaaaaaaaaaak _________!!!
lagi la kat KL kan..
mesti lagi belaaambaaaaaaak mereka ni!
see! dari budak berhingus, sampai la nak jadi CIKGU da ni..
mereka ni makin lama bukan makin sikit. tapi makin ramai ada la...
bukan nak sekat rezeki ke apa, tapi cuba la fikir, kita nak duduk kat negara sendiri pun da tak selesa.. ;'(
sedih bukan?
saya rasa saya ni macam bukan da kat Malaysia!
macam da salah masuk negara!
kamu rasa tak begitu?

gadis baik ME at 1/26/2009 11:55:00 PM 3 komen yang bernas?

gadis baik ME at 1/22/2009 12:30:00 PM 0 komen yang bernas?






gadis baik ME at 1/10/2009 03:03:00 AM 2 komen yang bernas?

gadis baik ME at 1/10/2009 02:57:00 AM 0 komen yang bernas?
elis, dzuly, aina
gadis baik ME at 1/10/2009 01:47:00 AM 0 komen yang bernas?

gadis baik ME at 1/07/2009 10:55:00 PM 0 komen yang bernas?

gadis baik ME at 1/06/2009 02:30:00 PM 0 komen yang bernas?


gadis baik ME at 1/05/2009 11:29:00 PM 0 komen yang bernas?



gadis baik ME at 1/05/2009 03:34:00 PM 2 komen yang bernas?
Hampir lupa nak post benda ni..
Bile baca paper haritu, rasa kesian sangat kat Melayu-Islam kita ni..
Nak kata tak pandai.. Pandai..
Ntahla.. Saya nak tegur orang pun, saya pun bukanlah alim mana pun..
Tapi, bila tengok benda ni jadi.. Astaghfirullahalazim..


gadis baik ME at 1/04/2009 01:07:00 AM 0 komen yang bernas?

gadis baik ME at 1/04/2009 12:20:00 AM 2 komen yang bernas?
okay.. actually I should post this entry a few days ago..
haha.. tapi sebab malas nk menaep dengan hebatnye, I have postponed it.. :)
and I hope that I'm not too late to wish all of you my friends!
SELAMAT MENYAMBUT MAAL-HIJRAH
and
HAPPY NEW YEAR!
sorry for the late wish..
hehe.. :)
sempena tahun baru ni..
meh la kite sama-sama ubah diri kite ni..
eyh! tapi jangan ubah hidung, mulut & whatsoever tu da la.. tak baik..
ubah attitude yang buruk..
attitude yang baik.. simpan & keep it up! ;p
pepatah melayu kata..
buang yang keruh, ambil yang jernih..
kan? hehe.. mentang2 lah ak nak ngaja BM nanti.. ;p
tanamkan azam-azam baru..
make your own wish list! jangan tinggi-tinggi sangat sudah la.. hehe..
but, it's okay if benda yang kite wish tu kite da aim berapa tahun..
(cakap pandaaai la Dzuly ni.. haha)
okay, got to go!
till then! papaaaiii~!
*sedikit ucapan : nak wish happy birthday! kat Fadzli.. haha.. umur ko da tue.. ;p ak mude lagiii... yeay!

gadis baik ME at 1/03/2009 01:20:00 AM 0 komen yang bernas?


gadis baik ME at 1/03/2009 12:50:00 AM 2 komen yang bernas?

gadis baik ME at 1/01/2009 12:58:00 AM 6 komen yang bernas?