Wednesday, February 10, 2010

for a looong.. looong time~

hye peeps! its been a while kn? haha. lama gle kot. ttbe instinct nak bukak blog BERHAABUUUK ni. tgk2 ada 21 FOLLOWERS! wow! thanks guys! aku jarang kot bukak blog ni. haha. not in a mud la nk menaip. hehe. BUSY memanjaaang. (;

newaaaay, GONG XI FA CAI korang! esp for chinese! hoyeay! cutii! cutiii! :D

Wednesday, December 9, 2009

karangan terbaik upsr 2007 - amaran : membaca karangan ini boleh membawa kematian. ;p

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip.. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah... Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu...

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu.. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam.. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati..

*thanks to : Qila (:

Friday, November 27, 2009

well, m baaaack! ;D

hohoi! im baaack!
haha. cm haram je kan tetbe buat come back.
bajet artis la. hoho.
SELAMAT HARI RAYA AIDILAHDA BLOGGERS! (:

Friday, October 16, 2009

Pabila hatiku berkata-kata jiwang! ;p

Saya sayang awak. Saya rindu awak. tapi kadang-kadang saya rasa saya dah hilang perasaan tu kat awak. Walaupun saya rindu awak. Setiap hari!

Saya tak tahu kenapa. Kanapa awak yang dapat buat saya jadi macam ni. Padahal, awak bukanlah ikut taste saya pun. Langsung tak ada! Saya nak orang yang ada janggut comel, tapi awak tak ada. Saya nak orang yang pakai spec, tapi awak takat pakai Rayban. Saya nak orang yang amek course engineering, tapi awak QS je pun.
Tapi, mungkin awak yang buat saya bahagia. Bila saya dengan awak, saya selalu senyum. Saya selalu ketawa. Tak semua lelaki dapat buat saya ketawa, tapi awak dapat. Tak semua lelaki yang boleh jadi good listener, tapi awak dapat. Dan, tak semua lelaki yang open-minded, tapi awak dapat.
Kalau saya ada masalah, awak mesti dengarkan masalah saya? Awak mesti cakap, "Ceritala.. kenapa ni?" Even kadang-kadang awak boleh buat lawak bodoh, dan saya akan marah awak lepas tu, tapi awak sebenarnya nak tenangakan hati saya kan? Saya tahu.. Awak buat lawak sebab awak tak nak saya fikir sangat masalah saya. Sebab awak tahu, kalau saya marah, macam-macam benda saya nak keluarkan. Sebab tu awak nak saya gelak, kan? Dan saya tahu, sebenarnya awak dengar masalah saya.
Kalau awak baca ni, mesti awak gelakkan saya, kan? Dan mesti awak cakap, "Izyan, kenapa ni? Awak rindu saya ea?"
"Bongok! mesti la!" Awak mesti tak kesah kan saya cakap awak bongok. Sebab awak memang patut dapat benda ni. Yes, u deserved it. ;'(

Thursday, September 24, 2009

saya da boleh mengundi on 16th September 2009 (;

Happy Birthday Comments
Happy birthday to me,
Happy birthday to me,
Happy birthday to me..
Happy birthday to me.

Poyo gila nyanyi untuk diri sendiri. Haha. Takpe la. Sape lagi nak nyanyi kan. Bia je la aku nyanyi. Isk isk.
Sangat sedih. Sebab call free aku tak guna sangat. Sume assignments punya pasal! Panda kot mata aku gara2 tak tdo. Sampai naik tensi gak la. Nak give up pun ada. Tapi kan, masa subuh tu tetbe ada someone yang aku tak penah pun terfikir dia akan wish. Tetbe dia wish! *woot woot!*
Bersinar terus mata aku! Sape sangka orang yang kita usha dlu2 wish. Bestkan? Ingat jugak dia kat aku. Hehek (; (gedik daaa..)
Okay, kat sini aku nak bagi ucapan sikit. Sikit je tak banyak. (:

Thanks kat sape2 yang wish aku. Tak kesah la. Thru Friendster ke, Facebook ke, Maxis ke, Celcom ke, YM ke. Thanks sangat2. Agak terharu kot korang wish. Haha. Sorry la if tak dapat nk call korang masa dapat call free tu. Orang bz kan. Kata bisneswoman. Haha.. Muntah la.. :p

Thursday, August 27, 2009

*tiba-tiba*

bila tengok comment awk bg..


saya senyum tanpa saya sedari (:

percaya

saya suka awak.

tapi...


kenapa saya tak boleh percaya awak langsung?!
saya pun tak tahu.
apa je yang awak cakap, saya iyekan aje.
padahal, dalam hati saya tak percaya pun awak cakap apa.
mungkin ni penyakit saya.
orang cakap. 'baguslah. ko tak caya kat laki sangat'
tapi, saya tak percaya kat awak langsung! ;'(
bukan sangat!
yes, i need help!


ada orang cakap kat saya.
'korang ni masih dalam proses kenal diri masing-masing. lama2 ok la.'
okay. saya terima.
tapi, ada tak benda lain yang boleh saya senang hati sikit?

*saya jujur ni*