Saturday, January 31, 2009

Friday

Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu. Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1406 "Sesiapa membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari, dan jika Al-dajjal muncul, maka terhindar dia daripadanya" (HR. Ibnu Katsir) "Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua jumaat" (HR. Ibnu Katsir)


Sumber : Member YM

good.good.good.. :)


PM Turki kecam Peres

PERDANA Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, menyebabkan hadirin Forum Ekonomi Dunia (WEF) terdiam apabila memarahi Presiden Israel, Shimon Peres, kerana menafikan Tel Aviv bersalah mengganas di Gaza dengan berkata: "Kamu bunuh mereka."

Erdogan berang selepas penulis Washington Post yang mempengerusikan majlis, David Ignatius, hanya memberinya 12 minit untuk berucap sedangkan Peres, 85, lantang berhujah selama 25 minit dan merujuk kepada pejuang Hamas sambil bertanya: "Mengapa mereka lancar roket? Gaza tidak dikepung. Mengapa mereka lawan kami, apa yang mereka mahu? Kebuluran tidak berlaku walau sehari di Gaza."

Apabila Ignatius memberinya satu minit untuk menjawab balas, Erdogan menuduh pengerusi itu menyekatnya membalas hujah Peres dengan berkata: "Saya kesal bagi mereka yang bertepuk tangan mendengar kamu bercakap. Kamu bunuh penduduk Gaza. Saya rasa itu adalah salah."

"Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri (Israel) berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus." (gambar 1 dan 2)

Apabila Ignatius cuba menyampuk, Erdogan berkata beliau tidak akan datang lagi ke Davos, meninggalkan ahli panel termasuk Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Setiausaha Liga Arab, Amr Moussa, di pentas ucapan (gambar 3).

Sumber: Berita Harian

Nak syok lagi tengok kat you tube! :)

janganlah menganggap mereka sebagai tikus uji kaji ;'(


Gaza medan uji senjata kimia Israel


Peluru berisi fosforus seperti bom jangka dalam badan

PELUANG merawat dan memeriksa mangsa serangan kimia fosforus di Hospital Al-Sifa' di sini, membawa penemuan mengejutkan bagi doktor dari Malaysia, Dr Jamnul Azhar Mulkan, 41, apabila mendapati tentera Israel turut mencampurkan kimia berkenaan ke dalam peluru rifel atau mesingun yang ditembak ke arah orang awam.

Beliau yang ditemui di hospital itu berkata, peluru mengandungi kimia berkenaan dianggap amat berbahaya kerana sifatnya seperti bom jangka dalam tubuh mangsa.

Katanya, doktor yang melakukan pembedahan bagi mengeluarkan peluru terkejut apabila ia seolah-olah melarut seperti asid sebaik terdedah ke udara.

"Kimia fosforus yang bertindak balas dan terbakar sebaik bercampur oksigen menyebabkan mangsa lebih terseksa jika usaha mengeluarkan peluru itu dilakukan.

"Keadaan ini menyebabkan pakar yang cuba menyelamatkan nyawa mangsa serba salah dan buntu berhubung kaedah selamat yang harus digunakan," kata beliau yang mewakili Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Pemuda Masjid).

Katanya, seorang mangsa, Ahmad, 16, menerima nasib malang apabila perutnya ditembak dengan peluru fosforus pada 12 Januari lalu.

"Mangsa dihantar ke Hospital Al-Sifa sebelum pembedahan untuk mengeluarkan peluru dari perutnya.

"Namun sebaik peluru berisi fosforus itu terdedah kepada udara, ia tiba-tiba terbakar sebelum merebak. Akibatnya doktor terpaksa memotong tali perut mangsa yang hancur," katanya.

Katanya, mangsa yang semakin parah bagaimanapun terpaksa menjalani tiga lagi pembedahan susulan dalam tempoh dua minggu berikutan luka pada perutnya mereput dan bernanah walaupun diubati.

"Kesan kimia fosforus amat kejam kepada manusia dan mangsa seolah-olah diseksa perlahan-lahan hingga nafas terakhir," katanya dengan nada sedih.

Beliau yang ditemui wartawan Berita Harian memberitahu, turut sebak apabila melihat kesan kecederaan Ahmad Darwis, 17, yang parah terkena serpihan peluru fosforus.

"Remaja itu terkena serpihan peluru mesingun yang ditembak helikopter Apache Israel di Betlhia, Gaza.

"Namun kimia fosforus daripada peluru yang pecah itu cukup untuk membakar kulit kepalanya selain menyebabkan biji mata kanannya buta serta merta," katanya.

Beliau berkata, sepanjang kerjayanya kecederaan parah yang dilihat di Gaza paling menyayat hati.

"Air mata mengalir apabila melihat deretan mangsa termasuk kanak-kanak hanya menanti ajal kesan penggunaan senjata diharamkan itu.

"Ini adalah peperangan antara manusia dengan bukan manusia (Israel)" katanya.

Sementara itu, seorang doktor sukarelawan dari Jordan, Dr Adnan Abu Ramadan, menganggap tindakan Yahudi menggunakan peluru kimia seperti menyamakan penduduk Gaza dengan tikus uji kaji yang mudah untuk dibunuh.


Sumber : Berita Harian

Friday, January 30, 2009

jikalau aku bosan...

"pabila buhsan melanda"
"law.law.bohsan...(bla3)"
"malam... argh! buhsan!"

Baik, tajuk yang kamu semua akan baca pada kali ni adalah berkaitan dengan bosan. Bosan? Apa yang kamu faham dengan perkataan bosan ini? Tanpa mengikut mana-mana kamus ataupun buku, saya mendefinisikan bahawa, bosan itu berlaku pabila :
1. Kamu tidak ada kerja langsung yang hendak dilakukan dan akhirnya kamu mengeluarkan perkataan bosan ini.
2. Kamu terlampau serik dengan sesuatu perkara sehinggakan tension yang kamu rasakan itu boleh mengeluarkan perkataan tersebut.
(ada lagi definisi? setakat ni, itu saja yang saya dapat fikirkan. lol)
Baik, abaikan saja tentang pendefinisian itu..

Apakah yang kamu akan lakukan apabila bosan ini melanda diri kamu?
Jika soalan ini ditanyakan terhadap saya, saya akan menjawab dengan mudah..

KALAU AKU BOSAN...
(based on the 1st definiton)

Aku on lappie & internet; ym-ing, blogging, fs-ing, fb-ing, editing pics, game-ing
Aku merayap bilik member2 aku dan bergosip bersama
Aku baca; komik, novel, magz..
Aku tiduuur (after read all those bahan pembacaan ;p )
Aku kemas bilik, re-tidy up almari aku..
Aku tengok tv or melayan korean & japanese movies
Aku akan shopping! (tapi tak selalu coz I'm lovin' my $$)
Aku akan *kecheek*(bunyi camera) sana! *kecheeek* sini! :D
Aku akan banging dengan bermacam-macam lagu.. karok beb! :D
Aku akan mencuba resipi baru! haha.. tadi baru buaat.. :)

SUSHI & SARDINE PUFF!
(ada sedikit kehitaman di situ. haha.. 1st time buaat. tapi sedap! :D )



KALAU AKU BOSAN..
(2nd definition)

Buku: Aku akan tutup, dan melalaaak sampai aku rasa nak bukak balik buku tu
Sikap manusia: First, aku akan sabar.. Then, kalau nak meletop, aku akan luahkan (kata kasar=sound)
Belajar: Aku takkan rasa begitu bosan sebab aku budak baik! hahaha ;p


Jadi, kamu pula bagaimana?




**aku teringat bila nampak word lappie tu. ada jugak orang masih nak mempertikaikan apakah bahasa yang aku gunakan apabila mengeluarkan word lappie itu.. aku yang taip, suka aku lah.. asal ko paham.. jangan risau, tak sampai bawak masuk dalam exam pun..

Thursday, January 29, 2009

tiba-tiba!

sedang aku berbahagia bersama burgerku di Carl's Jr.. tiba-tiba.. muncul seorang lelaki yang lalu di hadapanku (dia baru sudah amek air).. aku terpana! "OMG! wth is he doing here? bukan ke dia dekat _______? "

tapi, aku tidak bernasib baik untuk mengusha dirinya dengan lebih lama, sebab dia lepak sebelah meja aku!! hanya sesekali aku menoleh dan memandang.. menoleh, memandang.. toleh lagi, pandaaang..

biar benar?! masuk ni, da beriban kali aku usha dia! nak kata salah orang? maybe.. 50-50. yelah, it has been awhile kan.. almost a year tak jumpa..
muka dia... sama!
rambut dia.. sama!
warna kulit.. sama!
ketinggian.. pun sama!

tapi dalam hati, still menidakkan.. setahu aku, dia ada kat somewhere.. tak mungkin la..
pastu tergerak hati nak tengok kasut die.. sekali....

SAMA jugaaak!

tapi, kenapa dia tak tegur aku? ke muka aku pun dah lain? urghh! if betul la dia, memang nak kena pelangkung la sebab tak hai hai aku.. ;p
last-last, aku text someone.. someone yang rapat dengan die... pheeew... selamaaat.. memang bukan dia! haha.. sebab dia ada kat tempat yang aku dah agak dah tu.. heee.. :)

sekiaan.. tu je nak cerita.. lalalala~ ;D


*tapi aku serase pelik? kenapa dia macam nak baik-baik balik je dengan aku? lately ni rajin lak main ym.. termasuklah tadi! (da la jumpa klon dia) haha.. tapi, selepas itu, kami bengang each other.. bak kata dzis, api-api.. memang hangus! ;p

perempuan dan lelaki

PEREMPUAN,
bila dah ada bf
(can I state it as a boyfriend? not best friend)
kenapa lupakan sahabat anda?
inilah dia,
bila sudah ada yang pencair hati (lover),
lupakan sahabat yang sejati..

LELAKI,
walaupun kadang-kadang aku bengang dengan korang,
tapi, at certain case..
aku agak la respect korang..
sebab,
bila dah ada gf pun
still tak melupakan sahabat sejati..

TAPI,
tidak semua yang menjadi begini,
saya hanya berkata berdasarkan pengalaman..
sekiranya tidak terjadi,
saya tidak akan berkata.
kan?

parah!

Bila dah bosan dengan kerja-kerja yang menimbun...
Macam-macam hal boleh jadi..

Contohnya seperti ni la..


(ntah nape la aku lukih gmbar ni.. ish3)

Working affects mental! :D

**actually, tengah cari pasal masalah pembelajaran kanak-kanak.. last-last aku gak yg bermasalah.. haha ;p

Monday, January 26, 2009

aishh...

actually, I dont have any mood pun nak post something new...
but, teringat tadi masa kat KL..
okay, hanya kerana tiket untuk hari ahad ni,
saya sanggup meredah lautan manusia (especially, PENDATANG!)
urghh! cukup tidak suka dengan _________ ni!
bukan apa...

(try to remember..)

okay,
masa sekolah kat kajang dulu,
nak outing kt metro tu pn belambak ________.
masa nak balik matrix dulu,
tunggu bus kat terminal 1, pun belambaaaaaak __________!
and skarang ni... kat melaka central tu,
tu pun sama je belambaaaaaaaaaak _________!!!
lagi la kat KL kan..
mesti lagi belaaambaaaaaaak mereka ni!

see! dari budak berhingus, sampai la nak jadi CIKGU da ni..
mereka ni makin lama bukan makin sikit. tapi makin ramai ada la...
bukan nak sekat rezeki ke apa, tapi cuba la fikir, kita nak duduk kat negara sendiri pun da tak selesa.. ;'(
sedih bukan?

saya rasa saya ni macam bukan da kat Malaysia!
macam da salah masuk negara!
kamu rasa tak begitu?

Thursday, January 22, 2009

jumaat ini hari yang membahagiakan! :)

rabu.. khamis.. JUMAAT!
yeay! lusa nak balik rumah daa!
suka! suka!
duduk di bumi Melaka selama 2minggu ini amat membosankan!
tiada family..
tiada lappie. tiada internet!
tiada makanan yang sedap2..
dan tiada duit simpanan yang banyak ;)
maka...
tiada aktiviti shopping yang meriah.. ;'(
JUMAAT. 1430pm..
kakiku akan mengorak langkah dengan lajunya mengejar rumahku yang tercinta!
yeeehaa! =)

Saturday, January 10, 2009

kini.. tidak lagi.. ;'(

selamat tinggal Cheras!
selamat datang Melaka!


lepas ni, saya da jarang online..
akibat ketenatan internet di maktab itu!
iskisk..
tapi tak mengapa!
Chinese New Year tak lama lagi!




no more 24/7 online..
means..
NO




Boycott Israel Campaign!

kawan-kawan..
meh kita boikot barang Israel ni!
jom! jom!
(dengan semangatnya mengajak.. haha)
InsyaAllah..
kita dapat buat.. try sikit-sikit..
saya pun tengah try ni..
just usha kat web ni..

http://www.inminds.com/boycott-brands.html

diari hari ini :)

dari Mines ke Putrajaya!

Urghh! Hari yang memenatkan! Sangat! Tapi suka! :)) Hari ni saya berdating dengan 2 makhluk yang hampir 5tahun tak jumpa.. Yup! Almost 5years! Even rumah memang nak kata dekat. ;p Busy kan.. (alasan..haha)


Aina! Member a.k.a 5years classmate. (ex-classmate actually)
Minah ni study kat Aussie. Da alang-alang balik, memang nak jumpe dia since tak dapat nak jumpe masa dia nk fly tu. Gembira dapat jumpa kamu Aina! :)

Elis! Old-schoolmate jugak. Saya pun tak tahu bila saya rapat dengan dia. :) Mungkin sebab saya ni baik, saya memang rapat dengan semua! Haha.. (gelak bangga)

elis, dzuly, aina


Kami melepak Mines buat sekian kalinya.. Huhu.. At first, Aina nak naik cruise.. (Yeay! Suka-suka!).. Then, kami pergilah usha berapa hengget.. Mak ai.. mahal! Takmo laa.. Terus tak jadi.. (Sedey.. iskisk..). Jadi, kami pun pergi melepak OldTown untuk makan-makan. :D
Sambil makan-makan, saya berangan.. Nak bukak OldTown cafe ni.. Seriously, before ni memang pernah plan pun.. My future bisnes.. InsyaAllah.. (Fath, jadi francaisor OldTown pun not bad kan? hehe.. amacam plan kite? diskus..diskus.. ;D )


Borak punya borak.. Tak sedar dah 3jam dok kt situ.. (rasa mcm 3jam..haha)..
Antara benda yang kami bualkan :

Cikgu : hal posting, anak murid masa hadapan, belajar apa

Pharmasist : Masuk bilik mayat, mengkaji tubuh badan manusia (best2.. miahaha.. tak sangka. ingat medic jek yang kena buat benda2 nih..), ubat, eksperimen pada siapa, posting, kehidupan di Aussie.

Animator : assignment
(tahu tak, nak buat 1pergerakan kartun tu je, memerlukan lebih dari 100+ helai drawing.. ish3..), courseplay (ada budak kena buat diri dia sebijik macam Midori.. huhu).

Umum : kehidupan lampau kami
(banyak kat part ni), kehidupan sekarang, dan kehidupan masa hadapan! :)

Setelah bosan menjelajah Mines, kami melepak kat Putrajaya.. (Aina nak sangat pergi sebab saya & Elis dok cerita keasyikan melepak di jambatan Putrajaya sambil makan-makan.. Haha.. Tergoda ko Aina.. ;p )
Kami singgah Alamanda.. Beli makanan bagai (uh, kami menyampah dengan bapok yang jual popia crispy tu.. gedik gile ko! dgn laki lak jgn dok gedik la! sedarla weii! sejenis tu!)
Dan, meneruskan perjalanan pergi ke jambatan tersebut.. (tak jadi pun.. kami lepak kat souk..)
Jam 10pm.. Kami pun pulang dengan penatnya.. Haha.. (sesat nak balik umah.. maklumlaa.. Putrajaya.. hihi.. oh, ada budak Uniten kot.. cibai gile.. dok ikot kami dr belakang.. cinabeng! ingat indon mane.. haha.. indon ley bawak moto ke? dpt lesen? miahaha :D )

gembira bersama! :)

nakbisik : hidupku kembali normal! Alhmdulillah.. no Insomnia.. no wakeup 'early'.. haha.. tapi... sok kena balik maktab! iskisk.. cdeynye..
Aina, xdpt nak menceritakan kebaikan ko yg ko sruh tu.. haha.. aku nak tido awal.. huhu.. oh, tak dapat nk mengedit gamba juge! xsempat :s

Wednesday, January 7, 2009

gembira melakukan sesuatu :)

lepas tengok Laila Majnun (night session),
saya dengan tiba-tiba terasa rajin...
masuk dapur, buat kek batik..
hehe..
takde gambar. sebab, benda alah tu dok dalam fridge..
:)

Tuesday, January 6, 2009

menjadi diri orang lain itu lebih baikkah?

saya tak faham..
kenapa mesti menjadi
diri orang lain?
apa?
menjadi diri orang lain itu adakah
lebih baik
dari menjadi diri sendiri?

Monday, January 5, 2009

kemaafan dipinta

Sempena nak masuk semester baru ni,
sepanjang menjadi KU & PKU sem lepas
saya, Nur Zuliana Izyan & Tasnim Abdul Halim
hendak memohon maaf
kepada kak ros semua..
Kalau ada silap bicara ke,
silap tindakan ke,
harap maafin ya! :)

Korang memang best la..
Sebab tu saya memang sayang korang sangat-sangat..
Kepada yang cakap saya spoting, baik hati tu..
Thanks ye.. (gelaaak laa..) ;p

Terharu beb.. :))
Hope kita dapat enjoy lagi puas-puas even ada masalah.. Haha..
Pesanan buat bakal KU & PKU,
Ainun Mardhiah & Faizah Ismail
Jaga unit kita baik-baik..
Bagi bomb lagi unit kita! ;p

(macam la aku nak tinggalkan maktab.. haha.. ;p )





kenapa?

" another 4 years! yeay! ;D "



Ayoyoyo!~ Bila saya buat shoutout macam ni saja, semua tanya pasal kahwin?
Kenapa? Kanapa tanya pasal kahwin?
Kenapa tak tanya
'apa lagi 4taun tu? ko nak abis blaja ke?'
or
'ko nak jadi cikgu lagi 4taun eyh?'
Muka saya ni, muka kahwin awal ke?
Lol ;p
Kalau ya pun, amiiin je la kan.. Hehe.. :)

Saya create shoutout macam tu, sebab
lagi 4 tahun saya nak habis belajar!
lagi 4 tahun saya nak meninggalkan maktab saya!
dan
lagi 4 tahun saya berpisah dengan ahli-ahli Kak Ros.. (okay, itu tidak 'yeay!'.. semestinya itu sangat sedih)

Yup! 4 tahun! I can't wait for it! Haha.. ;D

Sunday, January 4, 2009

apa nak jadi?

Hampir lupa nak post benda ni..
Bile baca paper haritu, rasa kesian sangat kat Melayu-Islam kita ni..
Nak kata tak pandai.. Pandai..
Ntahla.. Saya nak tegur orang pun, saya pun bukanlah alim mana pun..
Tapi, bila tengok benda ni jadi.. Astaghfirullahalazim..

TANDUK SETAN! ataupun we used to call it CEKAK SETAN?


Masa celeb new year haritu, belambak-lambak orang pakai benda alah ni..
Bukan ke ustaz-uztaz da cakap pemakainannya adalah haram!
Kalau kita tengok, da macam-macam cara boleh rosakkan iman kita..
Contohnya seperti benda ni lah.. Benda ni kita boleh dapatkan dengan harga RM5 sahaja! Tengok.. Dengan RM5 pun boleh rosakkan iman kan?
Masa baca hal ni, kebetulan adik saya baru beli beg.. Tengok-tengok tanduk setan ni ada! Haram btol! Free lak tu! Lagi la... Dengan hanya membeli beg.. Boleh dapat benda yang rosakkan iman dengan free sahaja! Ish3..
So, kita yang sedar ni, Alhamdulillah la.. Syukur..
Jangan dah tawu, p pakai.. Haha..
Okay, tak mo cakap banyak-banyak..
Fikir-fikir lah mana baik, mana buruk..
Mana kaca, mana permata..
Okay, till then yeah!

8005!

"Pilih salah satu nombor ini.. 7105, 7800, 8561, 7906, 8683, 8005. Lepas reply baru dapat jawapan. Pilih satu sahaja! Kajian psikologi Dato Fadzillah Kamsah. "


Message ni, Mun yang bagi.. Memang susah soalan die.. Haha ;p
Dengan hati yang musykil, 8005!
Dalam kepala ni, da fikir macam-macam da..
'Ntah-ntah, aku kena benda-benda yang tak best tak?' Hatiku bermonolog..

*bunyi message*
Message sampai!
Haha.. cepat-cepat tengok! Bukan apa, saya memang suka jawab soalan psiko2 nih.. :D

Sekali tengok jawapan die...

"8005 - sedang mempunyai perasaan untuk kahwin!"

Haha.. Tergelak sendirian sebentar!
'Biar benar.. Aku nak kahwin dgn sape ni? Haha.. Calon pun tarak!'.. Monolog lagi..
Tapi.... Hujung sudut hati..

Mama! Saya nak kahwiiin!! lalalala~ ;p

Saturday, January 3, 2009

baru

okay.. actually I should post this entry a few days ago..
haha.. tapi sebab malas nk menaep dengan hebatnye, I have postponed it.. :)
and I hope that I'm not too late to wish all of you my friends!
SELAMAT MENYAMBUT MAAL-HIJRAH
and
HAPPY NEW YEAR!
sorry for the late wish..
hehe.. :)
sempena tahun baru ni..
meh la kite sama-sama ubah diri kite ni..
eyh! tapi jangan ubah hidung, mulut & whatsoever tu da la.. tak baik..
ubah attitude yang buruk..
attitude yang baik.. simpan & keep it up! ;p
pepatah melayu kata..
buang yang keruh, ambil yang jernih..
kan? hehe.. mentang2 lah ak nak ngaja BM nanti.. ;p
tanamkan azam-azam baru..
make your own wish list! jangan tinggi-tinggi sangat sudah la.. hehe..
but, it's okay if benda yang kite wish tu kite da aim berapa tahun..
(cakap pandaaai la Dzuly ni.. haha)

okay, got to go!
till then! papaaaiii~!

*sedikit ucapan : nak wish happy birthday! kat Fadzli.. haha.. umur ko da tue.. ;p ak mude lagiii... yeay!

sharing is caring ;p

ada satu kisah ni..
cerita ni abang sedara saya cerita masa balik Kelantan hari tu..
alkisahnyaa..

masa tu,
abang sedara saya dengan adik die ni, tengah lepak-ing kat luar rumah
time tu malam
pastu
nak dijadikan cerita,
tengah dok lepak2 ni.. mereka nampak something!
LANDAK!
dalam kepala otak masing2.. mesti la nak makan kan...
dengan penuh semangat.. adik die ni p bukak baju..
kunun nak tangkap landak tu..
tapi.. landak tu tak gerak..
pelik gak.. maybe tidur kot..
pastu mereka pun pergilah mendekati landak itu..
alangkah terkejut & hampanya..
kenapa?
sebab itu bukanlah LANDAK seperti yang disangkakan..
tetapi... ianya hanyalah




sebuah
KELAPA SAWIIT!


haha.. masa die cerita tu, kami gelak sakan!
hampeh betol!
kuikui.. ;p



Thursday, January 1, 2009

kesukaanku!


HAGEMARU!

semenjak dua menjak cuti ni, tak tahu kenapa saya suka melayan
cerita kartun ni yang nak kata celaka pun ade la jugak.. lol ;p
kalau bukak astro ceria je,
mesti saya cari cerita ni dulu!
tak pun ninja boy!
haha.. kalau tak ade, jangan harap la nak bukak channel 611 tu..
oh, pasal cerita ni..
even dia macam biul2 sikit,
tapi, si Hagemaru ni memang buat saya ketawa..
sama la dengan parents dia tu..
2x5!
and, part paling best yang saya suka tengok dalam cerita ni,
10 perkara pelik terbaik minggu ini!
memang best!
rasa macam nak baling2 je si Hagemaru ni..
geram! sebab lawak memang bodoh2 belaka..
;p


*kebusanan duduk rumah menyebabkan saya dah terlayan cerita ini.. huhu.. ;p