Tuesday, August 16, 2011

Bila budak begitu innocent.

#1 Suatu pagi Isnin, semasa perhimpunan berlangsung


Cikgu : Cikgu nak, siapa yang main mercun tadi tu datang ke depan!

Maka, 2 orang murid yang bersalah tersebut pun datang la ke depan. Selang 2 minit kemudian..
Tampil seorang murid lagi datang.

Cikgu : Kenapa awak ke depan?
Murid : Sebab saya bawa mercun cikgu.


#2 Masih lagi dalam perhimpunan yang sama

Cikgu : Siapa kasut yang tak basuh, sila ke depan!

Tampil beberapa orang murid yang ditangkap kerana mempunyai kasut yang kotor.

Cikgu : Kita kena jaga kebersihan diri kita. Kalau tidak... bla.. bla.. bla..
Muncul seorang murid ke depan dengan tiba-tiba

Cikgu : Kenapa awak ke depan? Kasut awak bersih je. Siap kapur lagi!
Murid : Kawan saya pijak kasut saya tadi cikgu. Kasut saya da kotor.


#3 Di dalam kelas, berlangsung sesi P & P

Cikgu : Baik anak murid, harini kita akan belajar mengenal bunyi haiwan. Fairuz, macam mana bunyi ayam?

Fairuz : Kok kok kooookkk!

Cikgu : Bagus Fairuz! Amy, macam mana pula bunyi kucing?

Amy : Meoowww!

Cikgu : Amboi, manjanya kucing awak Amy! Baik, Udin macam mana bunyi buaya?

Udin : Fewwiiit! Hai cik adik. Sorang je? Abang temankan ya?

Cikgu : Bunyi buaya apa tu Udin?

Udin : Buaya darat cikgu!

3 komen yang bernas?:

mr_bread said...

ni kisah benar ke khayalan?*nak pastikan sblm buat andaian*

coffeeaddict said...

HAHAHAHAHAA! tak tertahan innocent gila.

DZULYIZYAN said...

najib : aku tak reti nak buat cerita khayalan. HAHAHA! :P

zatil : memang weh. aku pun tak tawu kenapa budak2 ni jenis innocent je. kelakar je dorang ni. haish