Semenjak umur makin berusia ni (cehceh), memacam post pasal beauty aku nak postkan. Kemain~
Sebab munasabab aku buat post tips ni, adalah ianya datang dari pengalaman aku sendirik. Dan kengkawan lain yang sama je masalah dengan aku.
Dulu memang aku ni malas gila nak minum air masak weh. Kalau nak ikutkan, aku minum air masa time menghadap makanan, takpun aku haus. Kalau tak haus, memang sebelah mata pun tak pandang air masak tu haaa..
Tapi bila ada kesedaran nak cantik ni (tediaaaa~) lagi-lagi bila lepas sekolah aku kena jerawat yang teruk, barulah terhegeh-hegeh nak mencari air masak ni. Kalau aku ni ada empat mata, memang empat mata tu mencari air masak.
Bak kata fakta, kita kita minum air koman-koman 2 liter air sehari which are 8 glasses of water.
Takde la banyak mana tips aku ni. Setakat 2 tips je ponnn.. Tapi mungkin membantu korang yang memang malas nak minum air masak ni ke arah menjadikan air masak ni menjadi BFF korangg..
#1 Kalau korang terlebih duit.
Korang boleh beli air mineral yang dalam kotak tu terus. Suka hati la nak beli botol kecik ke besar ke, depends. Kalau aku dulu, aku beli botol kecik. Sebab senang nak bawa g kelas. Tapi parah jugak la. 24 botol tu memang tak sampai seminggu dah habis. 4 -5 hari gitu je kot.
#2 Kalau korang terkurang duit.
Ha, ni cara aku sekarang. Dulu boleh la. Parents yang support beli air berkotak-kotak tu. Sekarang ni macam lebih memahami flow duit mak ayah, aku pakai cara jimat. Haha!
Senang je. Ko hanya perlukan botol 2 liter. Isi kasi penuh. Kepit bawah ketiak korang. Bawak la ke mana saja korang pegi. Dengan prinsip, 'Botol ni mesti kasi kosong sebelum harini!'. Kalau tak sia-sia ko bawak air beberat tapi tak habis pun.
Kalau kau dok menghadap laptop, memang elok sangat ko letak air ko tu depan laptop. Nanti kalau lapar je minum. Lapar je minum. Biarlah 10x pun kau pergi toilet sebab nak kencing. Tu boleh kasi buang toksin namanya tu. Kan bagus. Lagi satu, tu boleh kasi kau kuruuuuss..
Nota kaki : Member aku cakap, kalau nak kurus koman-koman 5 liter air sehari kau kena minum. Haaaa.. Gasaklah kau pergi toilet tu. Tapi memang jadi. Aku penah try!
Selamat mencoba!
2 komen yang bernas?:
minum air bisa bikin kurus?
minum air 2 liter setiap hari akan tambah sehat
Post a Comment