Saturday, May 30, 2009

sudah tidak perlu

sekali lagi, aku gatal nak post entry. okay. ni gara-gara aku da lama tak update post aku la ni. sume ni blog punye salah! haha. okay, masuk pada cerita. aku tiba-tiba teringat ada sorang kawan aku kat matrik ni penah cakap, " aku pelik la dengan pompuan ni. baju bukan main banyak la beli. tapi, bila bukak almari asek-asek pakai baju tang tu jugak. padahal banyak baju lagi.."

situasi 1 :
okay, aku akui la apa yang dia cakap tu. seriously. aku pun heran mana la pegi baju yang aku shopping banyak-banyak tu *sengih sengih*. then, ( sekali lagi nak cakap lepas update wardrobe).. aku jumpa beberapa helai (beberapa je pun. tak banyak sangat la.. haha) baju yang tak dibuangkan pricetag-nya lagi! *woot! woot!* gila terkejut! haha.. nak tengook? naaah.. aku xkesah pun. haha..



situasi 2 :

aku : ko rasa baju apa yang match dengan skirt ni?

amelin : payah nak kata la akak.. kuning cair?

aku : hm, okay gak tu. adoii.. kena beli lagi baju kuning. aish.. *sigh gila-gila*

after few minutes..

aku : weh, aku baru teringat aku ada baju kuning dowh! tak pakai lagi kot. yes!
tak overbudget! yeay!


situasi 3 :

amelin : akak, kalau akak pakai baju putih dengan vest tu pun cun gak!

aku : baju putih ea? mana nak cari ar?

after few seconds..

aku : akak ada baju putih da amelin.. hehe.. again tak payah beli.. baju tu baru
sekali pakai. *sengih macam kerang busuk*


so, aku rasa aku tak perlu da kot nak shopping baju! hoye! haha. yela tu zuliana izyan oi.. hindarilah pembaziran. woot! woot! :)))

ku terjumpa si kecil

pagi tadi aku update wardrobe aku. ya. sudah agak lama tidak meng-update-kannya. so, since this is the first day of my hols, aku malas nak extend. esok pagi nak berpicnic *woot! woot!*. then, suddenly aku terjumpa la si kecil ni. aku rasa masa ni bapak aku outstation Italy la kot. sebab kat si kecil tu ada tertera 'made in Italy'. haha. dan semestinya aku memang rindukan engkau si kecil ku! hampir setahun juga ya aku tak tengok engkau! (sebab last aku update wardrobe aku tahun lepas la.. haha)


walaupun

even aku memang tengah bengang tahap gaban dengan blog aku nih, akan tetapi aku yang baik hati ni tetap update post baru. at first, aku nk buat je blog baru. tapi, tak pela. aku sayangkan blog ni. so, bloggies, really sorry sebab entry aku akan berwajah muram sahaja *sigh*. font takde. font size takde. colour font pun takde. oh ya! alignments pun takde juga! best bukan?! *sigh again*. sesungguhnya aku da lama bengang dengan blog ni. dan aku harap, akan muncul satu keajaiban. ya. SATU KEAJAIBAN! takpela. aku nak masuk entry baru. sekiaaan.. *muka kesedihan*

Friday, May 22, 2009

@#$%^@#

apa da jadi dengan blog aku nih? bodoh betul! ak benci la!

Monday, May 18, 2009

95% about me.. :)

Aku malas nak study. Jadi, aku jawab kuiz kat FB (buley ke gitu? haha..). So, aku jawab part personaliti diri ni.. (yeah! aku mmg suke jawab soalan gini.. maybe buley untuk muhasabah diri kan? hehe..) So, ape yang aku tengok, kebetulan banyak yang sama dengan aku- about 95% kot.

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.... (sopan santun aku xpasti tp bertolak ansur betol la kot. haha)
* Sangat cermat, teliti & teratur. (no comment!)
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik... (agak la.. haha)
* Pendiam tapi pandai bercakap (memang benar! LOL)
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati... (100% betul!)
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. (seriously betul!)
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna. (sebab aku ni jenis teliti, hm.. nak kate agak la..)
* Sangat sensitif yang tidak diketahui. (yup! 100%! )
* orang yang banyak berfikir. (tapi rambut aku xberuban pun lagi.. huhu)
* Daya pentaakulan yang baik. (time2 last minute memang ada penaakulan yan baik. huhu)
* Otak bijak & mudah belajar. (alhamdulillah jika itu benar.. :D )
* Suka mencari maklumat. (aah la sangaaat.. haha)
* Kawal diri dari terlalu mengkritik. (betul! sebab aku ni sedar gak diri..)
* Pandai mendorong diri sendiri. (untuk belajar je bercinta? haha)
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia. (aah.. betul la tu.. hehe)
* Suka sukan, hiburan & melancong. (yes, of course!)
* Kurang menunjukkan perasaannya. (yang ni xberapa nak betul! haha)
* Terluka hatinya sangat lama disimpan. ( ;'( ye... )
* Terlalu memilih pasangan. (siapa kate? haha.. LOL)
* Sukakan benda yang luas. (ye, rumah luas.. kete luas.. )
* Bersistematik. (wakluu.. haha.. file nak MQA pun xberupdate lagi.. haha)

Wednesday, May 13, 2009

hanya sekejap

Aku datang singgah ke sini sekejap. Saje nak berkongsi ilmu yang aku dapat. Mungkin post kali ini tak nampak macam diri aku. Tapi apa salahnya kan aku nak berkongsi ilmu. Lagipun ini blog aku. Suka hati aku lah. Hahaha.. :p
Korang, dipersilakan untuk membacanya ya! :)


~Kunjungan orang sakit~
Diriwayatkan Imam Ahmad: "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa mengunjungi orang sakit, tujuh puluh ribu malaikat mengikutnya dan memintakan ampun kepadanya hingga petang. Baginya pahala satu tahun di syurga. Dan jika ia mengunjunginya pada malam hari, maka tujuh puluh ribu malaikat mengikutnya dan semua memintakan ampun untuknya hingga pagi. Dan baginya pahala satu tahun di syurga."


~Al-Quran~
Di saat-saat resah, al-Quranlah yang paling mujarab, kerana ia adalah warkah cinta dari Pencipta. Allahlah kekasih yang paling memahami. Masakan tidak, Dialah Raja segala cinta kerana Dialah sebenarnya Pencipta cinta. Lihat! dengan sifat cintanya berkasih sayanglah semua makhlukNya. Betapa agungnya cinta Allah.” - Bajailah dan siramilah ukhuwah yang kita bina ini dengan siraman kasih sayang Serahkan dirimu sepenuh hati padaNya..maka Allah akan memberi kekuatan sebagai ganti kelemahan..keamanan sebagai ganti ketakutan dan kecukupan sebagai ganti kemiskinan."Kalam Dr Yusof Al-Qardhawi.


~Ketabahan & air mata~
"Kesedihan itu lumrah. Mengingatinya kembali mungkin tidak akan mampu menyembunyikan luka hidup tetap menilainya semula dengan mata hati berbeza mungkin mampu membuat diri meneruskan hidup dengan tabah."

“Kebekuan airmata itu dr kerasnya hati…kerasnya hati itu dari banyaknya dosa..banyaknya dosa itu dari kerana banyaknya angan-angan mencintai dunia…& cinta kepada dunia itu adalah sumber kepada segala dosa….”



Sekiaaan.
Aku perlu belajar. Exam kan. Fokus kot. Huhu.. Wish me luck guys! Ampun maaf aku pohon ya! :D
(Aku tahu.. Aku ni suka berkasar.. Hehe)

Wednesday, May 6, 2009

Apa nak jadi?

Adakah anda akan melakukan perkara begini bila anda desperate untuk meminta untuk ditumpang? Haha.. :)

wanita atau lelaki?

Siapa yang bawak problems ni ha?

Monday, May 4, 2009

i'll do the best! :)


selesema + pening + rasa cam nak demam + rindu-rinduan


= kena gak jawab betol-betol exam ni!



**aku tak kena selesema babi tu okay.. haha.. harap maklum.. (I hope so. malas nak jumpa doc coz busy baca buku ;p )

Sunday, May 3, 2009

kerana hari ini adalah hari yang gembira buat aku!


aku gembira!

kerana aku dapat kedua-duanya! ;D

adoii.. tamaknya aku..


aku ber-camwhore masa kebusanan dalam class.
(nampak sangat class yang membusankan. haha)

Saturday, May 2, 2009

lapar la pulak

It's has been awhile. Aku malas nak update kot blog ni. Takde inspire yang nak membuatkan aku nak update blog ni. Haha. Sedey tak? (Sebab dia da takde almost 2months).
Okay, aku malas nak cite panjang-panjang. Dell tagged me. So, nah. Aku jawab..


Aku kempunan!

1. Sushi : da lama aku ngidam ni. tapi malas je nak cari. haha
2. jeruk mangga: bley nak kata addict jugak since rumet aku asyik dok buat benda ni.
3. cendol : adoii.. seriously memang dahagakan cendol.
4. tomyam : aku hanya kempunan tomyam yang ummph! haha. takat rasa air masak wat bende.
5. kacang botoh cecah sambal belacan : adoyaiii.. masyuk gila. dapat ratah benda ni pun jadilah. huu~
6. kepok leko : nak ini! ada orang kata aku kena kawen ngan mamat ganu sebab suka ngan benda ni. aish..nak makan bley je p sana. kan3?
7. cookies : aku nak wat cookies. tapi malas. haha.
8. choc cake : nak makan dengan si dia. auuww! haha..
9. mee ruski : kelazatan tomyam diee.. perhh! haha
10. float a&w : masa aku kempunan float ni, aku p beli vanilla coke+aiskrim. tapi tetap tak dapat nak tandingi float a&w nih.. hoho..


Sape aku nak tagg?
Sape tengah ngidam sesuatu, buat laa.. haha :)


** happy birthday to u! bukan arini. tapi semalam. hehehe. :)