Thursday, May 12, 2011

Bini Mithali.


Ramai yang mempunyai impian mahu menjadi isteri mithali. Kununnya mahu kelihatan perfect di mata suami. Tapi, bukan senang kan nak dapat title mithali tu? Ia bukanlah semudah kau ambil mee dan ambil tali (tak berkaitan pun). Tapi, kau kena tahu segala benda yang boleh menjadikan suami kau tu sayang gila kat kau sampailah dia cakap "sayang memang isteri mithali, bertuah abg!".

Bila cakap pasal kahwin, memang semua pun berbulu tak sabar nak kahwin. Tapi bila tanya hal rumah tangga semua berbulu jawab ''errr..''. Bila dah namanya kau jadi isteri kepada seorang sang suami, memang sah la kau kena tahu hal-hal rumah tangga walaupun pada hakikatnya kerja rumah tangga adalah tanggungjawab suami dan tanggungjawab isteri adalah melayan sepenuhnya kehendak suami sahaja.

Tapi, dah menjadi satu budaya dan adat resam yang orang perempuan ni telah ditugaskan kepada kerja yang ringan dan lelaki, tugas yang berat. Jadi, nak taknak, kau orang perempuan ni kena tahu jugaklah selok belok hal rumahtangga ni.

Kau reti mengemas? Bila mengemas, kau tak boleh mengemas dengan hentam keromo je. Jangan ingat mengemas ni perkara mudah. Kalau takde skill dan dalam diri kau tu ada sikap suka menyimpan barang, memang susah! Nak-nak kalau kau ni pulak jenis main taruk je barang. Err.. tak rimas ke barang sepah sana sini weh? Nak cari barang pun susah weh.

Menjahit? Tak perlulah kau kena tahu ilmu menjahit sampai nak kena buat langsir kan. Tapi at least bila seluar terkoyak kau tahu la nak cantumkan balik. Jangan cakap nak matikan benang kat jarum pun tak reti. Tu memang parah dah tu. Subjek Kemahiran Hidup ERT dulu masa kat sekolah tu bagi aku sangat bagus kot. Rugi kalau siapa tak ambil tu. Ish ish ish :p

Memasak pulak. Benda ni aku pun nak mengaku aku pun tak la pro mana. Tapi nanti bila dah kahwin macam mana kau nak ikat perut laki kau? Kalau dah tak reti sangat nak masak tu kau doalah dapat laki macam Ipin tu. Ayam goreng je manjang. Memang untung kau!



Bagi aku, 3 benda asas ni memang kau perempuan kena tahu kot. Selain melipat baju, gosok baju, sidai baju. Peh! Part baju je ada 3 kerja kau kena setel! Kalau malas tu, memang rugi la kau kan. Boleh lari laki kau gamaknya.. Phew!



Kalau iron tudung pun boleh terbakor, boleh kahwin tak agak-agak? HOHO

5 komen yang bernas?:

mr_bread said...

aaahahahahahaahaaa~~~

normizarifah said...

sist...kita dalam gOlongan dh boley kawen ke belum??

mr_bread said...

haik? deja vu kah?

zuliana said...

normi : haha. bukan awak da tunang ke? dpt subang lagi kan? :P

najib : bukan la.. aritu blogspot ad prob. huhu

mr_bread said...

ohooo~~~