Friday, April 15, 2011

Budak sekarang.

Assalamualaikum and hi sebab dah lama tak mengepos benda baru kat sini.

Aku pun tak tahu kenapa aku skema semacam bila buat ayat kat atas ni.
Sebulan dah pergi macam tu je. Cepat tak cepat? Aku baru rasa syok mengajar kat sekolah, tup-tup dah kena balik maktab tercintan tu. Memang rasa nak menyampah laju-laju!
Dunia praktikum, seronok sebab kau bebas dari dunia belajar di maktab sebab kau belajar & mengajar di sekolah.
Bila kita nak kaitkan dengan budak sekolah sekarang, kome mesti nak kabo yang budak sekolah sekarang lain dari zaman kita kan? Mike yang mengajo ni pun dah rasa lain dia. Sumpah la budak sekarang ni menggedik tak bertempat. Aku cite 1 situasi yang berlaku kat sekolah aku.

Budak ni ponteng kelas tambahan. Cikgu tanya, dia bagi alasan yang langsung tak reasonable. Cikgu pukul kat tapak tangan dia. Pakai pembaris. Aku rasa macam tak rasa sakit apa pun kalau pukul kat tapak tangan tu. Malam tu bapak budak tu call cikgu tu tanya kenapa pukul tapak tangan anak dia.

Komen korang?

Okay, next aku nak cerita pasal sorang budak. Dulu zaman kita, jangan haraplah kita nak cakap dengan guru besar ke guru penolong kanan bagai ke. Confirm cuak. Sebab kita dah rasa cikgu-cikgu gitu confirm garang! Ye dak? Tapi budak ni lain. Aku yang garang gila sampai kawan-kawan dia takot pun tak jadi masalah kat dia. Siap boleh borak dengan aku lepak-lepak makan choclairs lagi.

#1. Budak ni jumpa Guru Besar

Budak : Cikgu, cikgu ni guru besar kan?
GB : Ya, kenapa?
Budak : Cikgu ni saya nampak macam polis lah.
GB : Apsal pulak?
Budak : Sebab baju cikgu ni macam baju polis. Cikgu garang pun macam polis. Saya dah besar nanti nak jadi macam cikgu la. Saya nak jadi polis!


#2. Jumpa dengan GPK Koko pulak.

Budak : Cikgu, cikgu ada anak perempuan yang belum kahwin tak?
GPK : Ada, kenapa?
Budak : Nanti kalau anak cikgu tu nak kahwin, cikgu panggil la ayah saya.
GPK : Kenapa pulak kena panggil ayah kamu?
Budak : Ayah saya main kompang. Nanti masa kenduri kahwin anak cikgu, bolehlah ayah saya yang mainkan.


#3. Jumpa dengan GPK Hem waktu pagi.

Budak : Cikgu, cikgu ada RM 1 tak?
GPK : Ada, awak nak buat ape?
Budak : Saya lupa bawak duit la. Saya nk pinjam duit cikgu boleh? Nanti saya ganti balik.
GPK : Nah, ambik lah. Nanti awak ganti balik.


Dengan selambanya, dia boleh menegur cikgu-cikgu yang budak lain takut. Jujur, first time aku jumpa budak yang sangat pandai cakap macam ni. Kadang-kadang, budak pandai cakap depan cikgu biasa. Tapi bila dgn GB, confirm senyap. Tapi dia ni dengan siapa pun no hal. Okay, aku rindu nak borak dengan budak ni. HAHA. (':

4 komen yang bernas?:

platipus said...

siapa bdk tu?
syafinaz ke?
hehe

coffeeaddict said...

ekstrem sangat budak ni. haha.

mr_bread said...

bleh jadi wakil rakyat budak tuh,hahaha....

daylachan said...

gilo!aku dulu budak pendiam kot!pengawas berdedikasi!
zul amek tag kt blog aku!