Selama vervinggu-vinggu aku tak hapdet velog ni, aku terasa macam nak cakap vahasa yang agak-agak korang venyampah vila vaca. Tapi setakat itu je la. Malas aku nak buat verjela-jela. Ops!
Hal yang best diperkatakan bila umur meningkat 23 ni. Ops! Hal kahwin. Kahwin~ kahwin~ Aku pun tak tahu kenapa aku perlu cerita pasal kahwin. Best ke kahwin? Best kot~ Oh, aku dah tahu kenapa perlu aku cerita. Sebab hari Ahad yang melepas, seorang lagi schoolmate aku sudah pun verkahwin. Ops! Tahniah Anash & Suami. Semoga kekal bahagia sehingga hujung nyawa. Ameen.
Persoalannya? Bila kau nak kahwin, kau perlu pilih calon. Bila kau perlu pilih calon, kau perlu ada taste. Bila kau perlu ada taste, err.. kau perlu analisis apa yang kau nak pada diri calon kau? Gitew? Baik. Kebanyakan kawan-kawan sekolah aku ni, yang aku lihatlah, mereka tak macam kawan-kawan aku dekat matriks mahupun di maktab ini juga. Taste mereka sangatlah berlainan jenis daripada kawan-kawan aku yang lain.
Secara umumnya, kita akan memperkatakan hal calon atau bakal pasangan kita dengan :
"Aku tak kisah, as long as dia beriman, baik, muka tu tak kisah sangat sebab aku pun bukan cun mana."
Tu ayat yang sangat common. Sangat okay. Aku pun tergolong jugak dalam memberi jawaban yang sangat common ini. Tetibe terasa diri tak cun fulaks. Soobbbsss..
Tapi, rata-rata kawan sekolah aku yang boleh dikatakan ustazah bila di luar norma kawan sekolah ni, akan menjawab macam ni :
A : Aku kawen nanti kau mesti datang.
B : Kau nak kawen pun tunggu aku balik Korea.
A : Bila kau nak pergi Korea?
B : Bukan sekarang la.
A : Kau nak buat ape pergi Korea ni ha? Hal ape la?
B : Aku nak cari calon suami aku dekat Korea. Nanti boleh bawak dia pergi kenduri kawen ko.
A : -_____-"
Sila analisis dialog ini. Betapa tingginya taste kawan aku sorang ni. Sampai ke Korea dia nak pergi cari. Aku pun tak paham apa yang digila sangat entah. Bukan dia sorang je. Ramai lagi. Sampai taste mata pun nak stok sepet-sepet. Zzzzz~
Dan, kegilaan dia sampai mengesave gambar mamat korea yang bagi aku laki tu takde la secomel, semacho dan sehandsome Daniel Henney kan. Tapi dah orang kata taste manusia semua berlainan. Terima je la angan-angan dia tu. Hoho.
*Kepada sesiapa yang ada perasaan yang muka dia sama dengan lelaki korea yang kacak, sila tampil ke hadapan. Ramai kawan sekolah aku tengah gila dengan mamat korea ni. Hoho :p
2 komen yang bernas?:
hahahah!!aku berada di tmpt kejadian..hik3...
hurm....
spe ek???
khairul fahmi...yg pjaga gol klntan 2..ok x?kn sepet kn?ehhehehe
Post a Comment