Sunday, February 6, 2011

Kentut Ke Kawan?

Bila kentut tu perlahan atau tidak mengeluarkan sebarang bunyi yang gah, akan tetapi kentut yang perlahan tu jugaklah yang mengeluarkan bau yang GAHHH!

dan..

Bila kentut itu mengeluarkan bunyi yang GAHH! tapi bila sampai part bau tidak segah bunyi yang dikeluarkan. Err.. takda bau kot.

Aku bukan nak bercerita pasal kentut, tapi kat sini aku nak relate kan kentut tu dengan hal kawan sebenarnya. Hoho!
Kita kat dunia ni mesti nak berkawan kan? Kan? Kan? Kan? Kan? Kalau kau taknak berkawan tu, hidup kau.. suka hati kau lah! Aku tak kisah sebab aku dah ada kawan-kawan aku sendiri. Sepanjang aku berkawan dengan orang, dapat aku menjeniskan kawan-kawan aku kepada beberapa kelompok. Mungkin juga kawan-kawan korang kan? Yang agak-agak terasa, jangan cepat tacing dengan aku. Aku nak cakap secara general je ni.

1. Kawan susah-senang.
Kawan ni aku sangat tabik spring sebab dia akan ada dengan aku waktu aku susah dan waktu aku senang. Dan kawan jenis ni jugak akan ada dengan aku bila dia susah dan bila dia senang. Senang cerita boleh kata macam belangkas yang tak berapa nak belangkas. Sebab orang boleh salah tafsir bila macam belangkas. Jadi, biasanya kawan jenis ni akan tahu segala masalah kau dan kau tahu masalah dia. Dari A-Z. Dari 1 sampai infiniti.

2. Kawan susah.
Kawan jenis ni akan datang dekat kau bila dia susah je. Ada orang tak dapat terima sebab bila susah je la dia cari kau kan? Tapi aku tak kisah kot. Sebab why not dia nak share masalah dia dengan kita kan? Mungkin kita orang yang paling dia selesa nak cerita. Jadi, tadah la telinga besar-besar. Tapi kadang-kadang tacing jugak dengan kawan macam ni kan? Hoho..

3. Kawan senang.
Kawan senang ni akan ada dengan kau bila waktu senang la. Waktu dia susah dia akan jauhi diri dari kau sebab dia mungkin taknak kau rasa terbeban dengan masalah dia yang beratnya melebihi berat kawan kau tu. Aku suka kawan macam ni. Very independent. Tapi yang susahnya bila aku tanya masalah dia taknak cakap. Risau beb. Kadang-kadang tacing jugak sebab, "kenapa kau taknak cerita dekat aku haaa? aku kan kawan kau!"

4. Kawan hipokrit.
Ini sebenarnya aku cukup tak suka bila kawan dengan orang jenis macam ni. Depan kau bukan lagi manis muka dia senyum. Kalah manis cek mek molek tu! Belakang kauuuuu, tepung gomak pun tak lalu tengok muka dia kutuk kau. Banyak sangat kot pahala kawan kau tu sampai dia sanggup bagi pahala dia kat kau. Baik.. baik.. Tapi terima je la. Apa salahnya orang kutuk kau?Apa salahnya orang mengumpat kau? Kau untung apa. Pahala dapat free. Kalau kau rasa sedih sangat bila kau find out, kau kuatkan diri kau. Bukan semua orang suka kawan kau tu kalau dia buat kau macam tu? Ye tak?

5. Kawan makan kawan.
Ini ibarat harapkan pagar, pagar makan padi. Memaaaaang kau tak sangka-sangka kawan kau boleh buat kau macam ni. Kalau kau tak pernah kena lagi, itu bagus untuk kau. Syukur kau tak dipertemukan dengan kawan yang macam ni. Tapi bagi yang pernah kena tikam pisau kat belakang tu, aku nak cakap ini adalah ujian dalam berkawan. Biasalaaa.. bercinta pun ada ujian. Berkawan apa tah lagi kan? Bagi situasi aku, aku maafkan orang yang buat macam ni dekat aku. Tapi, disebabkan pengalaman mengajar erti kehidupan, aku tak dapat nak berkawan dengan orang macam ni dah. Sakit kau tahu takkk?


Apa yang aku nak relate kan kawan dengan kentut ni sebenarnya, kawan-kawan aku yang boleh dikategorikan bagus tu dia berada dalam kelompok kentut gah tapi tak berbau tu. Aku bukan nak cakap dia kentut kuat! Tapi, walaupun dorang ni bila bercakap ke bergelak tawa ke mesti nak sampai petala ke lapan tahu, tapi mereka berada dalam golongan kawan yang baik-baik. Walaupun orang suka pandang enteng pada orang yang kecoh-kecoh ni. Dan kau jangan ingat kentut tak berbunyi tu sangat baik dalam berkawan. Nampak je sopan, ayu, anggun. Walhal.... *haih*.. Kadang-kadang yang tu la yang boleh buat kau tacing sangat-sangat dengan dia sampai satu waktu dia boleh main pisau kat belakang kau.

1 komen yang bernas?:

za petrelli said...

hahahhaha.. kentut boleh melambangkan personaliti diri erk k.zu?