Sebenarnya aku tak tahu nak update pasal apa kat belog ni. Sejak kebelakangan kedepanan aku busy ni, idea nak berbelog terus jadi kontang-kanting. Mungkin entry ni pendek sahaja. Mungkin lah. Aku tak tahu lah kalau aku boleh memvevel panjang kat sini pulak kan.
Okay, dengan secara tiba-tiba idea aku datang.
Dulu masa sekolah rendah aku boleh diklasifikasikan sebagai budak kecik dan pendek. Bila dah masuk kategori tu nampak sangat lah aku ni rendang dan tidak gemuk bukan? Tapi, masa sekolah rendah.. Apa kau nk kisah? Asal ada orang minat kau, kau dah cukup rasa hot.
Nak dijadikan cerita, masa aku masuk sekolah menengah nak-nak pulak aku bertapa kat asmara asrama terhebat dan terbest tu. Sebab apa aku cakap terhebat dan terbest? Sebab aku suka duduk situ. Okay, alasan entahapehape.
Tapi, walaupun ianya terbest dan terhebat sekalipun, aku mengalami tekanan ye. Tekanan orang selalu panggil aku kecik. Tekanan jugak rupanya bila orang panggil kita kecik ni. Aku lah. Korang aku tak tahu. Makanya, aku yang cekeding dan ketot semasa itu mulalah berazam hendak menggemukkan diri dan melampaikan diri ini. Bajet kau nak jadi macam model la dengan azam kau tu? Bagi sesiapa yang nak tinggi dan nak gemuk boleh ikut cara aku. Sebab aku buat berkesan dab terlebih berkesan ya. Berkesan pada ketinggian. Dan terlebih berkesan pada kelebaran. T______T
Jadi, sesiapa yang ingin meninggikan dirinya mudah sahaja. Dulu aku ada geng ketot kat asrama. Jadi, macam semangat jugaklah nak meninggikan diri ni kan. Lepas je solat subuh, aku dengan geng aku pergi belakang blok asrama tempat orang mengampai baju. Lepas tu kami yang kemetot ni pun jadi monyet dekat ampaian itu. Ya! Bergayut dapat meninggikan diri aku dengan kawan-kawan aku ni. Kau mahu mencuba? Move on! Tapi kalau tak jadi, jangan saman aku. Kasut bertumit tinggi je la yang mampu buat kau berkesan.
Seterusnya, bagi sesiapa yang ingin melebarkan dirinya pun mudah sahaja. Formula yang kau perlu adalah makan dan tidur. Kau bukan sahaja perlu tidur setelah kau makan. Tetapi apa yang kau makan tu pun menjadi faktor utama dalam kelebaran diri kau. Erk? Yang aku ingat masa aku form 1 tu, aku cuba makan nasi banyak-banyak. Lepas tu every meal aku tak pernah tinggal. Dari breakfast, lepas tu rehat kat sekolah, lepas tu lunch, minum petang, makan malam, dan juga makan lewat malam. Confirm muka aku ada masa beratur nak ambil makanan tu. Tapi uasaha aku bukan kat situ je. Dekat bilik aku akan pastikan ada susu tepung dan juga pisang emas dibawa belayar. Agak-agak aku rasa nak makan, aku makan pisang tu dan celup dengan susu tepung. Erk? Lepas tu aku berusaha makan telur goreng HARI-HARI! Dan impaknya memang terlebih berkesan sampai aku perlu kuruskan balik kelebaran aku ni. Haih haih.
Tu la dia manusia. Tak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Macam aku lah. Bila orang cakap kecik tekanan! Bila orang cakap gemuk pun tekanan! Hidung tak mancung nak pergi mancung. Bontot tak mantap nak buat mantap. Cuba lah bersyukur dengan apa yang ada. Allah dah bagi kita sebaiknya dah. Tak payah nak tekanan bagai. Kalau untuk kesihatan itu bagus. Tapi kalau kau nak tekanan sangat pun tak payah la. Buat kau jadi gila je lama-lama. Nanti menyesal padan muka kau. Tengok, aku dah membebel. Kbai.
4 komen yang bernas?:
aaahahahahahhhaaaaa~~~~ ;o)))
perenggan terakhir tu seriyesly nampak tekanan!kikikiiii~
nk tinggiiiiiiiiii..tp cm dh terlewat..huhu
menyesal tak minum susu dulu
aku nak kurus. tu je. tinggi aku dah tak kisah. sebab terlebih had umur pun nak berusaha tinggi yang memang takkan dapat. nak kurus!
pede aja lagi, nice blog
Post a Comment