Monday, January 24, 2011

Spirit of The Gold.

Pernah dengar Spirit of The Coin tak? Mainan paling famous masa aku masih berdarjah dahulu. Jangan tak tahu, aku pernah main mainan syirik tu. Bajet handsome la main benda yang panggil-panggil hantu tu kan.. Sekali bila ustazah cakap syirik, terus malu dengan diri sendiri sebab masa main tu punya la berlagak tak ingat dunia. Macam aku nak cakap kat satu dunia, "Weh, aku seru hanttuuuuuu!". Sumpah ini tak tipu. Masa main tu aku terasa macam handsome habis. Tapi hantu tu takda pun, "Aku dataaaang bila kau seru!". Memang takda. Saja macam nak tunjuk kau berani seru hantu je konon.

Tapi tu dulu. Main benda alah tu pun memang rasa main yang serious. Bukan main yang main-main. Jadi, hari Sabtu yang lalu, aku digemparkan dengan mainan baru oleh junior aku. Spirit of The Gold. Tu aku yang bagi nama. Konon nak kasi handsome sikit la. Kata benda ni pun mainan. Jadi, kitorang pun saja nak gedik-gedik main. Untuk tahu kebenarannya, aku rasa kita letakkan kat tangan Yang Maha Esa.

Caranya mudah sahaja. Tapi sebelum tu kau memerlukan benda emas tulen. So, aku prefer rantai emas tulen bersama loket emas tulen. Kau tengok betapa aku tekankan emas tulen tu sangat bermakna sebab inilah bahan yang paling utama dalam mainan ini. Emas tulen youuu! Tak main Zhulian ke Platinum ke stainless steel ke, tetap tak mahu. Dan juga kau memerlukan kawan-kawan kau untuk berlibur bersama. Saja nak hiruk-pikukkan suasana.. Kata mainan. Aku ulang lagi, ini mainan semata-mata. Jangan nak percaya sangat.

Okay, fungsi mainan ini adalah untuk menonton dan menteka berapa banyak anak yang kau akan peroleh bila kau dah bersuami nanti. Cewaaaah! Macam-macam. Sampai hal anak pun kau nak beria nak tengok kan. Siap boleh sorak lagi, "Hebat gila kau! Dapat 7 tuuu!". Ala, sampai 9 pun ada. Yang dapat 7 tu aku la. Muat-muat pulak tu. 3 lelaki, 4 perempuan. KAHKAH! Minum kacip fatimah banyak sangat ke hape aku pun tak tahu. LOL.

Jadi, caranya ialah dengan kau harus menadah tangan kanan kau. Err.. Nak palm tau. Bukan yang part kulit gelap kau tu. Kau tadah, lepas tu suruh kawan kau yang berpotensi pegang emas tulen tu. Sebab tadi ada sorang member aku tak berpotensi langsung pegang. Tak jadi hape! HAHA! Okay, lepas tu kalau emas tulen tersebut hayun kiri ke kanan - kanan ke kiri, makanya ia menunjukkan anak lelaki. Sekiranya dia macam pusing-pusing tu makanya anak perempuan. Bila dia dah statik tu, makanya cukuplah dengan anak kau dapat tu. Huhu. :P

Sekali lagi aku nak tekankan INI BUKAN BETUL mana pun. INI HANYA MAINAN. JANGAN KAU NAK PERCAYA atau KAU KATA BENDA NI 100% BETUL! Ni amaran ni. Hoho.

3 komen yang bernas?:

Anonymous said...

sy dpt 4..sy dpt 4..;p heee...excited td..;p okeh..bguih...trus update..sile kmpul lg bnde2 ngarut cmni okeh!

Pja Ismail said...

i was soooooooooo excited while play this!!! ha hahahahahaha. Ok, ketawa berdekah-dekah.

platipus said...

saya pon 4

hahah..

ok lettew!