Thursday, January 27, 2011

Aku Dan Dot Dot Dot..

Sejak aku bertemu dengan seorang budak ni, dunia aku terus berubah. Takda la berubah mana pun. Tapi setakat berubah kefofularan aku sahaja la. Mungkin lebih fofular kot dari dahulu kala. Dan apa yang lebih ketara adalah nama gelaran aku juga telah berubah.

Comel tu memang ada la dalam kamus hidup muka aku. Nak muntah, sila ambil pelastik. Boleh terus buang. Kalau kau ambil baldi, kau kena basuh. Jadi, ambil pelastik. Tapi sebelum aku nak cakap lebih lanjut pasal comel, aku nak tanya. Kau pernah tengok kan kartun Lilo & Stich tu? Kalau kau tak pernah tengok, kau memang errr.. dari zaman Paleolitik?! Bagi yang pernah tengok kartun tersebut, aku nak tanya lagi. Lilo tu comel ke tak? Stich tu confirm la tak comel langsung kan. Sebab hidung dia pun aku tengok semacam (memang laaah. dah alien. booo Dzuly!). Berbalik kepada Lilo. Lilo tu comel ke tak? Baik kau cakap comel. Apa kejadah la tanya banyak kali. Bengong!

Baik aku terus-ke-hadapan. Budak yang baru aku jumpa dan kenal tu terus gelarkan aku Lilo. Dia cakap muka aku macam Lilo tu. Tapi part mana pun aku tak tahu la muka aku sama dengan cik adik Lilo tu. -________-" Part hidung yang bulatkah? Mata confirm tak. Kulit lagi jauh sama sekali. Sebab aku lagi putih dari Lilo. Cuih!

Jadi, aku dengan rela ada campur paksa sikit-sikit sertakan gambar yang telah didedicate khas buat aku bersempena dengan nama gelaran baru aku ni.



Tapi kaaaan.. Semua kawan-kawan budak ni cakap aku ada rupa dengan Lilo. Gila mengkartun betul muka aku ni. Bila jumpa kawan-kawan budak ni, mesti ada je, "Hye Kak Lilo!", "Pergi dulu ye Kak Lilo'', "Kak Lilo!!..''. Kau tengok betapa fofularnya aku dengan nama Lilo ni. Mungkinkah velog aku ni akan tukar nama Velog Lilo jugak?


notakaki : roommate aku pun cakap muka aku ada sikit-sikit.
-_____-"

2 komen yang bernas?:

Pja Ismail said...

belum click BUDAK ni pun dah agak dah siapa budak Ni tu! haha

platipus said...

kak lilooooooooooooooooooooo