Friday, January 28, 2011

Orang Dakwat vs Cinderella.


Menurut Kamus Dzulyizyan, Edisi Pertama mendefinisikan bahawa orang dakwat ialah seorang manusia normal pada asalnya tetapi bertukar menjadi orang dakwat apabila tidak pandai menggunakan picagari berdakwat. Ada kau faham? Kalau kau tak faham tak mengapa. Sebab bukan kau yang kena, tapi roommate aku yang kena. Kasihan sama dia.
Menurut Kamus Dzulyizyan lagi, Cinderella didefinisikan sebagai seorang gadis yang terpaksa mencuci lantai berdakwat dikala bulan tengah mengambang dengan girangnya. Kalau kau tak faham lagi pun tak mengapa. Sebab apa? Sebab bukan kau yang jadi, tapi aku. Kasihan tak sama aku?

Aku pun tak tahu apa yang aku merapu merepek meraban ni. Alkisah kesimpulannya, roommate aku bertukar menjadi Orang Dakwat dan aku terpaksa menjadi Cinderella lantaian (bukan jalanan). Mengarut entah hape-hape Dzuly ni. Boooo!~




Aku comel banyak lagi daripada dia ni bila aku jadi Cinderella.
*Thanks Mr. Google*

2 komen yang bernas?:

platipus said...

kesian korang semalam
maaf..tak dpt berhenti gelak.hahaha

za said...

orang dakwat ialah seorang manusia normal pada asalnya tetapi bertukar menjadi orang dakwat apabila tidak pandai menggunakan picagari berdakwat. paham (sambil angguk2)