Dalam pemilihan hal lelaki (ceh, ayat entah hape-hape), aku maybe tergolong dalam choosy sikit kot. SIKIT koooottt.. Takkan nak main rembat je kan. Kau nak hidup lama dengan laki kau tu. Boleh ke tahan kalau orang tu tak suit dengan kau? Mesti tak kaaaann.. Ehem.. Tiba-tiba rasa macam nak cakap pasal ciri-ciri lelaki ibaman idaman aku, walhal aku nak pasal benda lain sebenarnya. Jadi, pekakkan telinga kau dan besarkan biji mata kau sebab aku taknak bercakap tapi nak menaip.
1. Mestilah seorang yang handsome! Kalau tak dapat yang handsome, macho pun okay. Comel pun aku consider. Muka manis pun aku okay je. Hah, betapa choosy SIKITnya aku kan. Haha. Takla, dari segi rupa aku tak kisah mana pun asalkan aku suka tengok kau dan bila aku rasa rindu kat kau aku boleh menatap muka kau dengan rasa tak meluat. Rasa tak meluat ni amat penting bagi aku. Selagi aku rasa tak meluat, maknanya orang itu boleh ada peluang. Kahkah!
2. Mestilah seorang yang tidak tinggalkan sembahyang 5 waktu dan puasa penuh sebulan 30 hari pada bulan Ramadhan. Itu paling penting bagi aku. Bukan setakat aku sahaja, malah untuk diri dia dan keluarga aku pada masa hadapan. Kalau kau pun lobang-lobang macam mana kau nak suruh anak kau sembahyang 5 waktu penuh? Macam mana kau nak suruh anak kau puasa penuh 30 hari bulan Ramadhan? Itu dah cukup bagi aku. Ilmu agama dapat belajar, nanti dia boleh belajar dan ajar aku serta anak cucu cicitnya. Bapak aku pernah cakap, nanti dalam
pemilihan calon, dia nak tengok part sembahyang tu la. Hah, pecah rahsia aku habaq! Tapi bapak aku bukan nak tengok cara dia ruku', sujud semua.. Tapi beliau nak tengok kau ingat tak waktu sembahyang. Tudiaaaaa!~
3. Haruslah mempunyai latar belakang dan prestasi yang bagus dan bersih. Dalam agama pun ada cakap, nak pilih pasangan tengok latar belakang orang tu jugak kan. Jadinya, aku tengok itu juga ya. Prestasi kau juga haruslah bagus. Kalau kau tak bagus, macam mana kau nak jadi leader untuk aku dengan anak-anak aku? Lagi penting aku taknak lelaki yang dicop pelakon porno macam arielpeterporn itu. Eiii.. Simpang malaikat 44!
4. Duit yang banyak dan berkepul-kepul. Aku ni suka shopping. Jadi, aku memerlukan duit yang banyak macam duit tu kau boleh tiup tepung dan bertebar-tebar lah tepung tu. Errr.. Faham tak? Hoho. Selagi rezeki yang kau cari tu halal, dan kau boleh menampung orang yang kau nak tanggung, itu dah cukup bagi aku. Asalkan kau bertanggungjawab dan ada rasa kesedaran diri nak tanggung aku dengan anak-anak aku. Huhu.. Kan aku choosy sikit. Ngeh ;p
5. Telinga kau haruslah macam kuali. Tapi bukan macam kuali betullah. Aku nak dia ni menjadi pendengar setia aku. Macam kita tahu, lelaki sangat susah nak menjadi pendengar setia kepada seorang perempuan. Selalu perempuan yang jadi. Maka, aku nak dia sediakan telinga dia bila aku rasa sedih, bila aku rasa geram, bila aku rasa gembira. Kalau setakat kau suka aku, sayang aku tapi kau tak boleh nak ada bila aku perlukan kau, jadi sila undur diri. HAHA! Dan aku pun nak jadi telinga macam kuali untuk dia. Sebab takkan dia je yang nak menadah cerita aku kan? Kata susah senang kita bersama. Jadi, biarlah ia melengkapi. Cewaaaaaah!~
6. Pernah masuk ujibakat Raja Lawak. Kalau kau boleh buat aku gelak bila aku dengan kau, kau masih ada harapan. Heee.. Kalau nak tahu, aku boleh senyum dan gelak sorang-sorang bila aku dah selesa dengan orang tu. Even dia tak berniat pun nak buat lawak, tapi tiba-tiba aku gelak. Itu aku dah consider dia seorang pelawak bagi aku. Heee (;
7. Pandai masak. Sebab aku ni malas nak masak. Jadi, aku nak dia masak untuk aku. HAHA! Takla.. Aku tak kisah pun dia pandai masak sampai tahap pro macam chef kat Hotel Golden of the Palace Horses (sedap ke chef sana masak? aku pun tak pernah rasa) Aku nak dia boleh masak untuk diri dia atau untuk anak-anak aku. Kotla aku pergi kursus sana kursus sini taklah aku rasa serba salah sangat nak tinggalkan mereka kat rumah. (ayaaaat~) At least kepercayaan aku dekat dia akan naik sedikit bila aku tinggalkan anak-anak aku dekat dia.
8. Ni last kot sebab aku taknak reveal semua taste aku. Hoho. Aku sangat suka pada engineer. Bukan aku nak cakap aku tak suka orang yang kerja selain engineer. Tapi, aku pun tak tahu kenapa bila orang tanya aku nak kahwin dengan siapa? Aku akan jawab "Nak kahwin dengan engineer''. Mungkin macho kot bagi aku. Itu jawapan aku dari kecil ya. Dari sekolah rendah lagi. Haha. Tapi, kalau jodoh aku dengan doctor ke penulis novel ke aku tak kisah. As long as kau dapat duit halal dah cukup. Tapi dapat engineer lagi best kot. HAHA! Sebab itu mungkin impian aku dari kecil. HAHA!
Choosy tak aku ni? Hehehehe..
8 komen yang bernas?:
ko nk laki engineer???...bru hr tue..aku msuk kls aku..lecturer aku kata...jgn pilih teman hidup seorg engineer..lbih2 lg mechanical engineer..sbb mereka adalah hati kering...huk3...
jgn pley mechi???hati kering??aku sokong!!!*ehem ko taw2la xsape tu zul
ohmaigod aku rasa macam nak copypaste je entry kau ni masuk blog aku ahahaha. tapi yg last tu tukar 'nak kawin dengan architect' *cough cough* :P
ehem..yg keje kt petaling jaya boleh?
nissue : mechi je kan? HAHAHA! yang len tak kan? lol. ala, nissue ak penah je kawan ngn dak mechi hati xkering pun. just mcm lampi sket bab2 ni. hee
dell : aku tak skong sgt! mungkin manusia kau tu yg bermasalah! HAHAHA
zatil : boleh2! hambek lah! aku tak kesah pun. hehehe. nti ko buat kat nota kaki 1 smpai 7 tu credit kat aku. 8 tu ko edit kan? haaa. boleh la tu. keh
platipus : yang tuu... errr.. boleh kot! HAHAHA :P
hahahah!!!!aku just ulang pe je yg lecturer ak ckp....mmg btol pon..bkn sume...tp majoritinyer sumenyer hati kering....aku kn berada di kalangan dak2 meki ni..huhu~~
nissue : kau menjatuhkan smgt kesetiaan aku terhadap engineer nissue! hahahaha :p
hahaha!!!!!aku just gtau bnde btol je..huhu....mybe yg ak just knl skdr student engineering yg blom jd engineer...huhu...
Post a Comment