Saturday, January 8, 2011

Anda Mengantuk?

Seminggu sudah pun berlalu. Alhamdulillah... Sangat bersyukur aku sebab hari ini hari Sabtu yang mendamaikan jiwa yang tenang (tudiaaa ayat!) Selama aku belajar kat bumi perguruan ini, sem ini adalah sem yang amaaaaaaaaat menguji jiwa dan minda. Sangat stress kot dengan kuliah yang bertimban-timban tu. Macam nak kata kehidupan weekdays aku adalah sangat bermakna dengan pembelajaran. Masa kuliah pulak jangan cakap la. Masa mengantuk tu menguaaaaaaap je lah kerja aku. Nasib tak tertidur dengan girang. Jadi, aku telah melakukan satu formula baru untuk menghilangkan kemengantukan aku tu. Hehehe..
Jadi, mari kita lihat apakah bahan yang diperlukan ya tuan-tuan, puan-puan..

Bahan-bahannya diperlukan :
  • Cuba cari seorang atau lebih kawan kau.
  • Sebatang pensil yang masih boleh ditulis atau sebatang pen yang masih boleh mengeluarkan dakwat dengan jayanya.
  • Sehelai kertas kosong yang tidak pernah diconteng oleh mana-mana pihak.
  • Kreativiti otak kau yang sangat bagus itu.

Cara-caranya :
  • Kau ambil sehelai kertas itu dan sebatang pensil/pen.
  • Kemudian lahirkan satu bentuk ke atas kertas tersebut hasil daripada pemikiran kreativiti kau tu.
  • Seterusnya, kau haruslah menyuruh kawan kau menambah bentuk lain dalam kertas yang sama kau lukis tadi dengan mengikut giliran.
  • Akhirnyaaaaa.. akan menjadi satu lukisan yang WOWWW!


Kalau kau tak faham, mari aku tunjukkan hasil kreativiti aku bersama kawan aku yang berotak kreativvv ini.


Ini adalah hasil yang pertama

Melalui bentuk pelik ini, makanya jadilah lukisan di bawah ini.
Tadaaaaaaa!


Lanun yang begitu pengotor sehinggakan hingus sendiri pun tak reti nak lap. Eiiii...




Ini pula hasil yang kedua

Walaupun bentuk ini agak pelik, tetapi hasilnya menawan juga ya tuan-tuan puan-puan..
Jeng jeng jeeeennngg!


Biri yang agak hemsem bila nak balik kampung untuk hari raya dengan menggalas beg bungaan dan memegang ros untuk diberikan kepada awex tercintan di kampungnya. Tapi terus tak hemsem bila kencing dalam baldi. Euuuuwwww! >.<




Nota kaki : Damai tak terkira wa cakap sama luuu! HAHA! :D

2 komen yang bernas?:

mr_bread said...

kahkahkahkahhhh!!!!!!hadoooooo~~~~
mleleh ayaq mata aku gelak...isk3~~

DZULYIZYAN said...

hahaha. lawak bebeno ke sampai kau menangis terbahak-bahak ni ha? LOL