Saturday, January 15, 2011

Aku tak kisah dilabel pengecut!

Derma dara darah. Apa yang kau tahu pasal derma darah ni? Haruslah seseorang mendermakan darah yang terkandung di dalam badannya kerana mempunyai darah yang berlebihan. Eyh, fakta salah. Orang yang pergi menderma darah adalah orang berani dari sudut pandangan aku. Walaupun orang tersebut adalah seorang yang pengecut pada hakikatnya.

Apa yang best dekat derma darah tu ha? Sebab kau akan dapat roti, epal dan air kotak free? Sebab kau dapat pengecualian kuliah? Atau sebab berat badan kau akan berkurang sebab isipadu darah kau dah masuk dalam kantung tu? Atau sebab kau akan berjumpa dengan doctor yang handsome lagi macho disaluti dengan kekiutan rupa doctor tersebut? Nak-nak bila doctor datang dekat dengan kau, tanya kau ''Awak okay ke tak ni?'' atau ''Kali ke berapa derma darah ni?'' atau ''Eyh, awak nak couple dengan saya tak?'' atau ''Hye! Saya ni single lagi taw!''. Itu semua tak bermakna bagi aku walaupun aku suka melihat orang handsome pada hakikatnya. Dan kalau pasal makanan, pengecualian kuliah ataupun boleh kurus dengan menderma juga derma darah tak boleh nak mengorat aku.

Memang orang yang suka menderma darah ni sangat aku salute sebab korang memang berkobar nak menderma dan tak kisahlah kalau korang nak berbangga setinggi langit ke-7 sekalipun sebab korang menderma tu. Semua itu aku memang tak kisah. Bila orang tanya aku kenapa aku taknak derma? Atau orang akan cakap, ''kau taknak cuba ke ha Dzuly?''. Maaf. Aku memang tak tergoda langsung dengan pelbagai perkara tergoda itu walhal aku adalah ahli kepada geng darah paling banyak kat dunia. Ya, aku berdarah O. Maaf sebab aku tak pernah menderma.

Kalau nak tahu kenapa aku tak pernah menderma, mari aku jelaskan satu persatu faktor-faktor yang boleh mengusir diri aku dari terjebak dengan perkara sebegini walaupun tak banyak pun faktornya tu. HAHA!


1. Sebaaaaab.. Aku tak boleh tengok jarum yang tebal lagi besar sebab dia akan mendebarkan aku. Huwaaaaaarghh! Sumpah tak boleh. Aku boleh rasa nak pengsan bila tengok jarum tu. Sebab aku pernah tengok doctor handsome masukkan jarum tu dekat nadi arwah nenek aku. Live sioootttt! Aku dapat rasakan kesakitan arwah nenek aku masa tu! Sob sob.. Dahlah dua belah tangan. Kesiaaaan arwah nenek aku.. Lepas tu terus aku fobia tengok jarum besar lagi menebal itu. Huuuuu..

huuuu.. lutut aku terketar-ketar tengok benda alah ni. rasa macam nak pengsan dah~ >.<
[credit to mr.google]



2. Aku tak boleh tengok darah yang banyak sebab aku boleh pengsan/pitam/tak sedarkan diri sebab aku pernah ada kes di mana kaki aku pernah berdarah dengan hebat sebab tergaduh dengan kaca. Ngeri wa cakap sama lu. Sampai kaki aku rupa mangkuk jamban dah bertakung darah tu. Eiiiiii... >.<



5 komen yang bernas?:

Anonymous said...

bile da stat derma darah..nnti tibe2 jd ketagih asik nk derma je...[aku jelah kot]...huhu...aku derma drh..aku xpnh dpt ape yg ko tulis tu...air kotak free ke...ape ke..xde...pengecualian kls???lg ar xkn dpt..hihi~~yg penting..niat..olala~~


jap..kalo ko nk derma drh..tp berat ko cukup ke nk derma kak??hihi....

ME said...

boleh addict ea donate blood ni? tak menahu plak aku. ye la sbb aku xpenah nk donate kan. hehehe. yang aku mention tu semua terjadi kat maktab ak. dpt cuti, mknn free. tp doc nsem tu ak xsure sgt. haha. berat aku cukup kot. ak penah berani smp isi borang je. lps tu ak tgk jarum tu ak terus balik! hahahaha.

Anonymous said...

huhu....aku rse....nurse je yg rmai kalo tmpt derma2 drh ni..doc yg ade pon skdr tgk pressure drh je..huhu...aku pnh derma drh..aku tgk jarum tu..relax je..tp mmbr aku yg tgk dok nanges kt sebelah..huk3....

Pja Ismail said...

hoi dzuly yg penakut, ye boleh addict. sekali dh derma rasa nak derma lagi lagi dan lagi. tatau kenapa. kah kah kah. alo, jgn la tgk jarum. pejam mata sampai selesai. hik hik hik.

eh, btw. mmg ada orang tak blh tgk darah sendiri. macam my little bro! dia pitam bila tgk darag sendiri tapi tgk darah orang no problemo.

Next time lepas derma i bagi roti dekat u okay sebab roti dia bukan gardenia. hak hak hak.

ME said...

haha. setakat roti daily nk alas perut boleh je i rembat. kehkeh. tobat la i xmo weh. gila pengecut rasanya kalau nk donate pn time terpaksa or emergency case je. huhu