Thursday, December 9, 2010

Kau Yang Senantiasa Menjajah!


Kau pernah menjajah
Kau pernah bermaharajalela
Tidak cukupkah engkau akan pendominasian itu?
Tidak cukupkah engkau akan kawasan taklukan itu?

Cukuplah!
Aku sudah puas!
Puas menanggung erti keperitan dek kerana engkau

Kerana engkau
Aku sengsara
Kerana engkau
Aku tertekan
Dan kerana engkau
Aku kerisauan

Dan kini..
Tahniah!
Tahniah ku ucapkan kepadamu
Kerana engkau masih berjaya menyelubungi
Diriku, wajahku, dahiku, pipiku...

Terima Kasih wahai makhluk yang ingin hidup
Dua di dahi
Tiga di pipi kiri
Terima Kasih wahai jerawat!


nota kaki : aku stress banyak sangat jerawat mempamerkan diri mereka waktu cuti ni. memang musim cuti musim menuai padi jerawat ke?

2 komen yang bernas?:

mr_bread said...

kah3~~~~adoiii...aku hengat menatang mende ah td...hahahahaha~~~

ME said...

najib : bila cikgu bm berkata2. hambek ko! haha. makin stress ak jrwt ni. haih