Malam ni aku nak membebel. *Buta Dzuly ni. Pukoi TIGA pagi kata malam. Boooo!*
Ah! Tak kesah la kau nak booo ke baaa ke beeee ke. Suka hati! Sebab geram aku nak jugak cakap!
Perasaan sayang & menyayangi itu memang satu lumrah dalam kehidupan kita. Semua orang pun nak kan? Siapa yang taknak? Hah! Cakap! Kau memang tak normal! Seronok kan bila kita dah ada orang yang kita sayang, orang yang kita rindu, orang yang kita cintun? (err.. ini more like to cinta pasangan ye) Rasa berbunga setiap hari. Senyum, sengih, gelak sorang-sorang (macam entry aku je). Main text 'awak dah makan? kenyang tak? kalau tak kenyang, meh saya masakkan', bf reply, 'awak nak masakkan? hehe. masak asam pedas! suapkan saya sekali! >.<' *geli pulak bila baca. euuwww!*. Tapi, bila hubungan tu dah agak keretakan, kerobohan dan kegelisahan? Gf; 'awak penipu! memang dah tak sayang saya lagi kan?', bf pulak reply; 'ada aku kesah aku tipu kau ke tak?' *ish ish ish. tak patuut*. Lepas tu si Gf pun mulalah menangis, merayu domba kesedihan. Kesian.. Nak kata bengong, hati perempuan ni kan lembut. Sensitif pulak tu. Kalau dah sayang macam tu lah kebanyakannya. Tapi kalau setakat nak meroyan sehari dua takpe kot bagi aku. Seminggu tu pun kau nak buat upacara Hari Hitam Sedunia pun aku tak kisah *memahami*. Tapi, kalau nak masuk hampir setahun kau dok ingat dia, rayu domba kat dia macam kau ni tak boleh hidup tanpa dia, lepas tu kau dok bercakap kat orang kau memag tak boleh hidup kalau dia takda, tak ke kau rasa macam fcuk?!! Hey, kita perempuan kot! Ada maruah! Wake up la! Kau nak tunjuk sangat kau rindu kat dia sampai nangis-nangis buat apa? *point to myself. aku penah jugak tetibe keluarkan setitik air mata sebab rindu kat insan bernama lelaki. bodoh bodoh. ketuk kepala!*. Sejujurnya adalah aku pernah jadi macam ni. Sekali je! Bila rindu, nak feeling feeling. Bila rindu, kasi msg! Pffft! Nasib kejap je sindrom aku ni. Lepas tu macam dah sedar diri, malas aku nak fikir dah! Sebab sayang sangat, konon dah 3 tahun kan kawan. CUIH! Perempuan pun ada ego. Ingat laki je ego hebat? Hah, kepada yang aku nak bebel ni. Ingat! Kau ada maruah. Kau ada ego. Sayang mana kita kat laki tu pun, kita kena ingat kita ni tak bersuami lagi. Jadi, baik simpan air mata, rindu, sayang kat bakal suami kita. Tak payah nak ingat orang yang dah buat tak tahu kat kita. Yang laki pun sama! Dok ingat kat perempuan yang dah buang kau buat pe?! Kau tunggu je lah. Kalau dah jodoh kau, Allah temukan kau dengan dia jugak. Jangan nak tangisi sangat lah. Baik ingat Allah dari ingat kat laki/perempuan yang kau dambakan sangat tu. Nasihat jugak kat diri aku ni. Dah, aku pun tak taw apa aku cakap dah ni. Geram sangat. Sabaq sabaq..
4 komen yang bernas?:
wahhhh~good2...aku pon penah jadi bodo gak dlu*pasal pompuan*...tp xlama,dua hari lpas tu ok tetibe,lpas aku start praktikal*tiga taun lpas punya crita*...
bila teringat balik,malu gilaaa...haha.apsal la dulu bongok sgt kan?alah biasa la org belum matang,remaja. eh tapi kalo org tua cane plak ek?*huduh kot!*
kah3~~~;)))
kau bebel kat sapa dzuly? mai sini I nak lempang. Kenapa dia ngoi sangat! Grrr~
haish, semua tu bergantung kat diri sendiri oh! Kalau nak meratap aje sampai bila pun tak maju. Grrr, tak suka orang macam tu. T__T'
najib : hoh. ko pn sm ke? ala, bese lah dulu2. sume nak agungkan cinta merepek tu. huh. bukan abadi pun. membazir je kan? nasib kite cpt sedar diri weh! thank god! Alhamdulillah~ (:
pja : hang cuba teka? agak2 hang kenai ke dak? haha! i cakap general. untuk semua yang i kenal. heh. kau lempang la semua member aku yang macam tu weh. rasa nak goncang je pala tu kasi sedaq!
uhh...horrible.rase cam blom abes tobat abes lg bila teringat blk.isk3...alhamdulillah ar syukur maseh terpelihara dr bnde2 takde pekdah cmtu...lani bila tgk org len kna,rase nak lempang2 je sape2 yg dok asek bermuram durja meleret2,hahahaa...jom rmai2 pi lempang depa!
Post a Comment