Saturday, December 11, 2010

Hobi Perempuan

Ini adalah hobi perempuan. Mungkin juga ini adalah hobi lelaki secara diam-diamnya. Kebanyakan perempuan memang sukalah buat hobi ni masa mereka tengah bersantai. Tak bersantai pun buat jugak kot. Aku rasa la. Tapi, hobi ini mungkin boleh memudaratkan sekiranya anda dah ketagih tahap ayam! Sebab aku dah pernah kena lah aku cakap. Kalau tak pernah kena, aku tak cakap. Ngeh. Kau nak tahu apa hobi tu? Siapa tak suka, aku rasa tu bukan perempuan normal kot. HAHAHA! Selamba aku je cakap. Sebab aku hidup asrama since form 1 lagi sampai la sekarang. Kau bayangkan! Dari aku jadi budak hingusan sampailah aku mengajar budak hingusan! Bukan mengajar cara budak berhingus ye. Kena faham tu! Okay, aku dah merepak sampai tahap hingusan dah. Balik rumah balik weh. Eyh, jap! Lupa nak cakap! Dari aku form 1 sampai sekarang, semua roommates, prepmates, deskmates dan segala mates aku kat asrama tu suka buat benda ni! Tak tipu wa cakap lu! Okaaayy.. aku balik rumah sekarang. -___-"


Hobi perempuan yang aku cakapkan adalah... Jeng jeng jeng! MENCABUT RAMBUT GATAL! Haha! Cakap kat aku siapa tak suka? Best weh main cabut rambut gatal ni. Bagi aku la kan, kalau aku tengah stress cara yang melalaikan & melekakan aku dari memikirkan segala hal adalah dengan menggunakan cara ini. Pelik tak? Tapi ia benar ya tuan-tuan, puan-puan.

Dulu, masa Form 3 tak silap aku. Aku dok senyap-senyap dengan sorang roommate aku. Dok ceruk dunia tu hah! Bajet macam semua orang tak nampak kau lah. Dengan diam-diam & aman damainya, kami pun melakukan aktiviti ini dengan penuh kekhusyukan. Kalau aku stress je, aku suruh roommate aku ni tolong cari lepas tu cabut kan rambut tu. Rasa puas weh! Sumpah tak tipu! Macam segala masalah kau tu hilang ikut rambut kau yang kena cabut tu. Haha. Agak bongok jugak.

Masa Form 5. Tengah best-best study borak dalam bilik study tu. Tiba-tiba, member aku sorang ni bosan agaknya. Maka, dia pun bergerak dari 1 orang ke 1 orang yang lain untuk mencabut sehelai rambut gatal. Memang suka buat amal! Aku suka!
Masa Form 5 ni jugaklah kemudaratan berlaku kat aku! Aku rasa sebab sangat stress entah kenapa. Maka, aku meminta pertolongan peminat pencabut rambut gatal untuk membantu. Aku yang ketika itu bagaikan raja amatlah seronok dilayan sehingga boleh tertidur-tidur! Sekali, bila bangun.. Hah! Hambek kauu! Ada 1 daerah dekat kepala aku dah ditebang! Botak 1 daerah tu weh! Nasib sekolah pakai tudung. Dan aku pun memang seorang pemakai tudung. Sekejap je stress rambut botak tu. Sebab aku tahu nanti rambut tumbuh balik. Tapi, kegiatan itu aku berhentikan seketika kerana sedikit trauma dengan kebotakan 1 daerah itu. Tsk tsk.. );

Jadi, berpada-padalah anda ketika melakukan aktiviti ini. Kepada sesiapa yang kekurangan ramubt amatlah diberikan amaran yang keras untuk melakukan aktiviti ini. Kang lagi botak aku tak tahu! Ngeh. Err.. Lelaki suka jugak ke buat benda ni haa?

3 komen yang bernas?:

mr_bread said...

err...dlu aku art time cabut rambut gatal mak aku,hahaa...

lani adik aku amek alih cabut rambut gatal serta uban,huahuahuaha~

hannaani said...

haha sumpah tak penah tau ade orang jadikan cabut rambut gatal sbg hobi!

ME said...

najib : adik kau boleh buat part tym ni. HAHA :P

nani : uih. cuba tanya perempuan lain. ada x buat mcmtu? HAHA!