Sejak termimpi-mimpi abang Fahrin Ahmad tempah hari terasa macam nak kahwin je. LOL. Okay, aku tipu. Takde effect yang memberangsangkan pun dengan mimpi tu. Tapi yang buat aku terasa nak kahwin awal ni bila tengok gambar orang kahwin! Memang terasa nak kahwin okaay. Err.. boleh tak nak cakap sebab aku tengok orang pakai baju cantik-cantik, mekap sampai tertidur-tidur, lepas tu semua orang pun nak bergambar dengan kita macam kita ni isteri Fahrin Ahmad artis. Lepas tu hantaran pun nak stok mahal-mahal, nak hias bagai. Bunga sana bunga sini, sangkar sana sangkar sini.
Ouh cakap pasal hantaran, nanti bila aku kahwin, aku taknak hantaran banyak sangat dulang. Penat lah nak hias, kos nak hias lagi, penat orang nak angkat lagi, lepas tu makan ruang nak letak hantaran tu lagi. Cukuplah sikit-sikit tapi biar GEMPAK! Contohnya kan macam 9 balas 7 dulang kan. 7 dulang tu aku nak Al-Quran, handycam, DSLR (latest! kasi lens sepanjang mungkin kalau boleh), Iphone/blackberry (latest jugak!), mekap mahal-mahal + skin care product, sirih junjung ni wajib kan? Lepas tu I nak rantai taw. Kalau boleh biar platinum! Haaa. tengok! Materialistic gila aku ni. Haha! Simple tapi gempak kan? Mekap tu aku taknak biasa-biasa. Nanti rosak muka I, youuu! Skin care product aku nak macam Skin Food (biasa gak ni). SK II lagi bagus.
Okaay, ini boleh lah kalau kau berangan nak kahwin dengan orang kaya-kaya. Kesian pulak laki aku nak beli benda mahal-mahal ni.. Jadi, mari cari lelaki yang kaya! Ayuh! Ayuh! :p
Kalau macam ni, memang lambat lah kahwin gamaknyaaa.. Sang suami, awak tak perlu risau sebab saya nak majlis tunang-nikah-kenduri sekali. All in 1. Takpayah nak susah diri buat majlis banyak kali. Tu dah jimat dah tu. Hehehe.
nota kaki : Sang Suami jangan risau. Tu hanya angan-angan yang melampaui keperluan sahaja. Siapa tah Sang Suami aku ni. Dok cakap Sang Suami jee. Calon! Sila beratur! LOL :p
7 komen yang bernas?:
rasa nk gelak golek2! kelas! sang suami harap awak tak botak. T__T'
hahhaaahahaa..eh,bkn org kaya suma botak2 ke?wahahahaa...
bagus2!aku agree bab dslr tuh.tp jgn mtk lens pnjang,mintak lens aperture 2.8 ke atas~huahuaha*mau cecah riban2 sbijik tu*
ngeee........ class ko hantaran.. hahaha...
pja : kalau botak pun, i nak yg mcm shayne ward tu. huahua. yg len takmo!
najib : ade je orang botak banyak rambut. kata kaya. p yun nam la weh! HAHA :p
aritu abang sdara aku beli lens mana tah smp cecah 5k. apekebnda la yg mahal sgt tah. ish3. aku tawu main dslr je. aperture, shutter bagai tggu btol2 komitmen. hehe
puteri hati : i high class youu! memang la kene class hantaran tu. BHAHAHA! :p
kalu 3k above kire lens pro dah tu...amatur2 mampu pakai below 3k je,hehe...best2~
najib : oo yeke? ala, kalau xpndai pakai wtpe. sm jugak. huahua. komitmen ak xsmp tahap nk beli lens hebat2 lg. pnjam sudey. hehe
btuy.jgn jd cm aku.cemane pompuan terliur bila lalu depan kdai emas,camtula aku bila lalu depan kdai kamera...*muke melekat kat cermin display sampai berkuap,haha*
Post a Comment