Tuesday, November 23, 2010

USAHA SLIM #1


Dalam menjana diri dalam ke-slim-an (ehem.. ehem..), aku try search menu-menu berkhasiat (konon) yang mungkin aku akan buat & makan! Tapi ni baru search je la. Survey apa yang patut, kan? Tapi, aku nak tanya kat nutritionist ni dahulu! Awak, sila respon ya! Bantu saya!! (muka ketat)

MENU FIRST : SUP SAYUR OAT BERCENDAWAN

Bahan-bahan
  • Sawi/bayam
  • Carrot (potong kecil ye)
  • Kiub bilis/bilis goreng (tumbuk)
  • 6-7 sudu makan oat
  • 1 liter air
  • 5 ulas bwg putih (diketuk)
  • 2 ulas bwg merah (dimayam)
  • Cendawan kering/butang (direndam dan dipotong nipis)
Cara menjadikannya!
  • Tumis bawang merah & putih hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan air. Biar mendidih.
  • Masuk kiub, biar hancur.
  • Masukkan sayur, cendawan dan biar mendidih.
  • Masukkan oat. Biar seketika dan..
  • Tadaaaaaa! Siap!


Menu ini dipetik daripada sini


Nota kaki : Menu Second in progress! Wait haaa!

Mood : *damn! penat aku berusaha nak buang underline ni!*

0 komen yang bernas?: