Sunday, June 19, 2011

Cari Lelaki Yang Boleh Jadi Ayah Kek Anak-anak Kau.

Mak aku selalu pesan. Kalau nak cari laki, cari yang bertanggungjawab. Kalau boleh yang boleh jadi ayah yang mithali kepada anak-anak aku nanti. Sebab kehidupan anak-anak lebih penting untuk masa depan dorang.



Macam mak aku sendiri. Dia pernah cakap yang dia hot masa muda-muda dulu. Aku walaupun taknak percaya kena percaya jugak sebab makcik aku pun cerita benda yang sama. Maknanya mak aku memang hot la dulu-dulu kan? Tapi malangnya anak-anak dia tak ikut pulak kehotan macam mak dorang tu.


Aku pernah tanya, "Macam mana mama kenal dengan ayah sampai boleh jatuh cintan?''.
Mak aku pun relax je cerita. Bahawasanya ayah aku ni depan rumah sewa mak aku je kat rumah flat dulu. Satu geng rumah flat lah kononnya. Geng rumah sewa mak aku dengan geng ayah aku memang kamcing. Pergi pasar malam sama-sama, lepak kepsi sama-sama. Kemain~
Sampai satu hari, ayah aku nak masuk meminang mak aku. Padahal time tu mak aku ada boipren. Tapi sebab nampak keseriusan pada ayah aku, makanya mak aku pun bersetujulah. Ayah aku bukan perampas mahupun ingin merampas ye. Tapi siapa suruh boipren mak aku masa tu main-main? Padan muka! LOL :P
Sebelum tu jugak, mak aku pernah tanya keputusan family dia. Dan nenek aku, nenek sedara aku serta adik akak abang mak aku bersetuju. Makanya, bertunanglah mereka.


Mak Long aku pernah cakap, "Aku memang tak menyesal pilih ayah kau jadi adik ipar aku."
Aku macam terpinga-pinga sebab blurr tapi aku macam bangga. Yelah, ayah aku kot. Kakak ipar puji, anak mesti tumpang banggo kan? Nak tahu sebab apa?


Ni mak aku pulak cerita. Masa kitorang adik-beradik ni keluar kat dunia, mak aku tak pernah nak basuh berak kitorang. Semua ayah kitorang yang buat. Bukan sebab mak aku pemalas. Tapi bapak aku tak kasi. Dia willing nak basuhkan. Yela, bini kau penat bawak anak kau sana sini 9 bulan, takkan bila anak da keluar bini kau jugak kena buat kerja jugak kan? Lagi satu, kalau bebi tu tak sah la kalau tak menangis tengah pagi buto melalak-lalak mintak nenen. Mak aku takkan bangun sebab bapak aku willing jaga kitorang kasi tido balik. Terharu aku dengar ni masa mak aku cerita. Sungguh!
Masa mak aku berpantang, ayah aku la yang masak macam-macam untuk mak aku. Sebab ayah aku memang chef dalam rumah. Anak-anak memang tak ikut perangai ayah lagi-lagi aku la kot. Haha. Kalau weekend, confirm muka ayah aku yang ada kat dapur sebab mak kat depan kemas rumah. Anak-anak? Dalam bilik la melantak tidor sampai tak hengat dunio.


Bila mak aku cerita benda-benda gini, aku tahu dia nak aku cari laki macam ni jugak. Tapi, laki sekarang ni senang ke nak dapat gaya gini? Semua jenis tinggal bini kat belakang je bila shopping aku tengok. Musykil. Aku pernah cakap kat mak aku yang mak aku sangat beruntung sebab dapat laki mithali macam ayah aku. Tapi, sape-sape pun akan cakap jugak benda yang sama kan kat mak korang.



Selamat Hari Bapa, Ayah. Terima kasih sebab jaga mama dan kitorang dengan baik sampai sekarang ni. (':

4 komen yang bernas?:

mr_bread said...

like~like~like~:DD

daylachan said...

serius...adakah lelaki di atas ini begitu juga???kekeke

maxi said...

gw termasuk lelaki kaay gtw g yah??

mr_bread said...

@dell : hoh!aku baru perasan!cisss~