Saturday, January 1, 2011

All Iz Well

Aku harus menerima hakikat yang minit ini adalah minit 2011.


Bila sebut Happy New Year, makanya semuanya akan NEW. Selagi kau masih menghirup dan menghembus nafas kau kat bumi Allah ni, selagi tu lah kau perlu merubah diri kau tu ke arah yang lebih baik. Eh, jangan kau jadi rubah musang tu dah la. Aku ni cikgu bahasa, jadi ayat pun bombastik la sikit. Jadi, setiap helaan perkataan yang aku taip ni memerlukan kefahaman yang tinggi. (poyo)

Eh, aku tak habis lagi huraian nak cakap pasal NEW tu. Umur pun baru. Bertukar je angka detik demi detik. Bila masuk tahun baru, semua akan aim dekat umur. Betul tak? Betul tak? Buktinya, kau boleh tengok sendiri dekat news feed FB kau. Semuanya menggembar-gemburkan pasal umur. Bukti lain, tengok kat diri kau sudaaah. Kau pun mesti cakap jugak. Sama la dengan aku. 2011 ni umur aku dah 23. Aku tak malu pun nak kasi tau umur aku. Sebab umur aku dengan diri aku tak sebaya. Diri aku lebih muda dari umur. Atau nak kasi korang senang faham, ayat dia ialah AWET MUDA. Heeee..
Bila umur 23 ni, orang ramai lebih tumpukan perhatian kepada satu alam baharu bagi warga perempuan. Ianya disebut alam perkahwinan. Masa kau sekolah menengah boleh la kau cakap kau nak kahwin lambat sebab perempuan zaman tu mostly trend kahwin lambat. Tapi, trend kahwin awal dah kembali berputik mekar. Dan kau memang bertuah Dzuly sebab masa umur kau 23 ni adalah pada zaman perempuan-kahwin-awal. Dan bersedialah kau mendengar, "Tak sabar nak makan nasi minyak Izyan'', ''Kakak bila lagi???'', '' Mama tak sabar nak ada cucu dah tuuu...''. Maaf. Saya masih tak bersedia nak kahwin pada usia semuda ini. Kau ingat senang nak kahwin ni? Haha! Padahal Sang Suami pun tak ketemu lagi.

NEW yang kedua. Macam aku cakap kat perenggan atas sekali tu. Selagi kita ni tarik nafas.. hembuuuusss (gaya doktor cakap kat kau), amalan kita ni tiap detik dicatit oleh malaikat yang ditugaskan. Jadi, marilah memperbaharui amalan pahala kita dan mengurangi amalan dosa kita.. Insaf banyak ni. Sob sob.. Tapi manusia ni mudah alpa kan? Bila taubat tu sekejap je.. Jadi insaf pun sekejap la jugak! Ya Allah... Ampunilah dosa kami semuaaa..

NEW nombor tigak! Aku tak pasti ni baru ke tak. Tapi most probably ye lah kot baru. Azam last year aku menjadi sekejap sahaja. Sekejap je ye. Jadi jugak. Tapi tak konsisten sahaja. Jadi, azam ni aku telah bawa ke depan (macam belajar Akaun pulak. Baki bawa ke depan), dan aku harap biarlah menjadi dan konsisten. Doakan aku weyh! Aku nak selim melim nih! Ini serious! Tapi ini bukan blog serius! Korang pulak jangan nak mencanang je lebih azam tahun baru. Tapi hampeh macam aku! HAHA! :p

Macam ni je aku nak cakap. HAHA! Dah lama tak update kan. Jadi otak stuck bila idea ada tapi tak mencurah. Mata berpinar bila tengok banyak words. Hidung tergatal-gatal bau laptop. Mulut dah takde suara nak baca apa yang ditaip. Telinga menyampah dengar bunyi keyboard. Dan jari aku naik kejang taip banyak. HAHA! Sekiaaan... ;p





nota kaki kanan : Tajuk takde kena mengena dengan entry. Ni sebab aku baru lepas tengok abang Aamir Khan la ni! 10kali dok tengok, tetap jugak teruja tengok abang Aamir. Eyh, ada la sikit kena mengena. Kan aku cakap helaan perkataan aku memerlukan kefahaman yang tinggi. Jadi, pandai lah kau nak fahamkan. Hehe..

nota kaki kiri : Petang tadi aku main Basketball weyh. Tu yang cepat je jari kejang. Banyak masuk weyh! naik Stage 2 siap! Ala, aku main Basketball dekat Pusat Hiburan Keluarga tu.. (kedai tu tulis macam tu)

nota jari jemari : Aku pun tak tau kenapa elaboration pasal umur 23 tu panjang tak hengat dunia. Sensitip lebih kot part tu. HAHA :p

0 komen yang bernas?: