Kau dan akuu.. (sountrack cerita Kau dan Aku tuuu..)
Kenangan aku dan dia... Memang kenangan...Dulu aku taklah benci dia sangat. Biasa-biasa. Macam perasaan aku dekat makhluk lain jugak. Tapi, ada satu ketika ni.. Memang dia buat aku benci dia sangat! Dan makin lama, jadi makin benci dan benci dan benci! Yes, aku benci kau! Kau nak tahu bila kau buat aku sakit hati dengan kau?
Looking back at 2005. Zaman SPM yang penuh pancaroba.
NOMBOR 1
Sedang asyik aku berborak dan mengumpat dengan riangnya bersama seorang, eh mungkin dua orang atau tiga orang, ouh sungguh aku tak ingat berapa orang.. okay sambung balik. Sedang asyik aku berborak dan mengumpat bersama entah-berapa-orang rakan, tiba-tiba aku terasa geli geli geli mat mat mat sungguh di bahagian kaki aku. So, I thought it was my tracksuit zip yang dah loose. So, I just ignored it lah kan. Then, aku rasa lagi. Buat bodoh lagi. Rasa lagi! Buat bodoh lagi. Rasa lagi! Ini aku buat pandai! Aku tengok apa yang ada sebenarnya. Terkejut mak kauuu! Engkau ada kat kaki aku! Cinabennnggss wei! Aku menjerit sambil melemparkan kaki aku (erk?) lalu terus naik ke atas meja!
NOMBOR 2
Kau semakin suka kepada aku nampaknya. Waktu prep. Aku nak pergi buat air hot-choc-cadbury-yang-sangat-yummmmeeayh itu. Lalu, pergi ke rak cawan mawan. Ambil mug yang sangat comel kepunyaan aku. Angkat-angkat mug, kau wujud dalam cawan aku! PFFFTT! Kau memang nak mengorat aku dengan cara kebencian! Kenapalah time aku angkat mug tu aku nampak kau. Kalau aku nampak kau masa isi air kepanasan membara kan bagus! Boleh kau mati dalam cawan tu! Sejak itu, aku tak lalu nak pakai mug comel kepunyaanku itu lagi. Tsk );
NOMBOR 3
Masih lagi di dalam bilik study. Waktu pagi membuta nak pergi sekolah dengan gembiranya. Yeah! Masuk dalam bilik study untuk mengambil beg sekolah silang bewarna biru laut. Sebelum mengangkut beg untuk pergi ke sekolah, aku memasukkan pencil case aku yang juga bewarna biru ke dalam beg sekolah (Ya, dulu aku penggemar biru yang tegar). Semasa hendak memasukkan pencil case, kenapa kau boleh wujud dalam beg sekolah aku pulak? Lagi. PFFFT! Memang dasar penggatal! Terus aku basuh beg sekolah aku sebab kau! Eiii! (sebab kebencian melampaui kebatasan tu lah jadinya. basuh terus beg sekolah)
NOMBOR 4
Waktu prep lagi. Dan dalam bilik study lagi. Ya, semua berlaku di dalam bilik study. Harap maklum. Tempat aku ber-prep menghadap dinding. Masa aku nak tengah berangan, aku pandang dinding. Dan tiba-tiba kau keluar! Cinabennnnggsss lu! Hancur ke-berangan-an aku!
NOMBOR 5
Dah, aku malas nak ingat kau dah. Penatlah! Walaupun baru empat kenangan kita, aku rasa eiiii! Kau ni kan cicak, memang kasi aku geli mat mat mat dengan kau tahu tak?! Kenapa lah aku tak bawak lastik kat asrama dulu. Cukup je Khamis malam Jumaat aku boleh lastik kau. Dapat jugak pahala aku.
Ya, dulu aku amat benci cicak. Ini adalah kerana, bermulanya kisah nombor 1 itu. Dari semasa ke semasa dia memang suka ganggu aku. Sampai aku jadi fobia nak tengok dia. Malah mendengar bunyi cik cik cik dia tu.Aku rasa kalau aku tak perasaan dia dalam nombor 2, mungkin aku dah jadi Cicakwoman? Berganding dengan Saiful Apek kah? HOHO. Tapi Alhamdulillah. I'm fully recovered! (taktik taknak orang kacau aku, aku cakap lah dak okay. LOL!)
nota kaki : nak taruk gambar pun geli. eiiiii! yeyek! :S
3 komen yang bernas?:
nasib baik tak buh gambar. mmg geli.but masa I baca number 2, i tot it was lipas tapi eh. cicaks rupanya
haha! saja nk kasi orang ingat mcm tu. eiii. rasa nk munt! benci amat sungguh sangat!
ha aku dulu pon cicak jatuh atas aku mase ngah tido!siot gle!*ni mesti terkena badi ko haha*
Post a Comment