Friday, December 17, 2010

Zaman Kecik Chinonet


Aku ingat lagi, kalau dulu masa zaman muda kanak-kanak, kenapa eyh :

1. Tulis biodata kat buku tu mesti title 'WELCOME TO MY PAGE' or 'MY BIODATA'. Nostalgic! Ayat tu je asyik keluar kalau nak buat biodata.

2. Mesti nak ada Makanan kegemaran, Minuman kegemaran
-_____-"
Bila fikir balik, bukan kau nak buatkan air untuk aku pun. Masak ape tah lagi. Nak belanja? Kirim salaaaam! Haha!

3. Ucapan last tu mesti buat, 'NANTI KAWEN JANGAN LUPA KAT AKU TAW. HEHEHE'. Lepas tu 'FREN 4EVAAA!'. Lepas tu ada lagi, 'NANTI JANGAN LUPA KAT AKU TAW!', 'GOOD LUCK UPSR! SEMOGA KITA DAPAT 5A!'.
Derrr.. Common gila! Aku mengaku, aku pun macam tu jugak! Korang pun sama kan? Tawu daahh. Sebab aku tengok buku biodata aku, semua pun kasi benda yang sama. -_____-"

4. Last skali mesti nak jugak ada signature kat bawah tu. Memang tak boleh blah! Aku belajar buat-buat signature ni masa buat biodata lah! Nak tengok signature first yang agak boleh banggakan? Hah, yang tak bangga sebab macam agak-agak hodoh tu aku takmo tunjuk. Tak kreatif langsung! Hoho.
Haha! Hodoh jugak bila aku tengok. Tapi takpe. Im still proud of it. Ingat senang nak buat signature masa kecik-kecik? Tapi kan, ni pun aku pelik. Kenapa dulu nak buat signature je mesti ada tahun kat bawah tu. Tulis kecik-kecik. Lepas tu mesti nak jugak ada senget kanan senget kiri tu. terteleng jugak aku tengok. Bajet style la ni? Macam aku buat tu lah! Haha!Zaman kekanakkan sungguh!



nota kaki : Tiba-tiba aku teringat hot gosip masa aku kecik-kecik dulu. Ouch. Syahdu sungguh.. (nak kata aku ni hot jugak dulu. LOL) Ehem. Boipren kecik-kecik aku tu pun aku still contact taw! Siap beraya bersama lagi. Hoho (';

2 komen yang bernas?:

mr_bread said...

sedey gila buku otograph mse aku darjah 6 kat kuala lipis dlu ilang...legend gila klau ada lg...uuuuuuuuuu~~~

DZULYIZYAN said...

hahaha! aku punye dlm setorr! harus pulak nk sepahkan balik sbb nak cr tu je -_____-"