1. Nak menjahit banyak-banyak cuti ni!
Ouh, sekarang nak menjahit pun sgt susah! Start musim assignments, hidup macam chaos sikit. Lepas final ni.. Siaplah! Akanku pulun menjahit dengan hebatnya! Nak upload kat blog pun tak sempat! Doakan saya sempat semuanya! Hehe
2. Nak buat chocolate for the first time!
Yeehaaa! Hari tu baru menang e-book buat chocolate. So, dengan semangat yang jitu, kental, dan membara semarak api, akan ku cuba untuk menghasilkannya! Belum buat dah ada orang nak order! Bsns chocolate tak bukak lagi weh! Entah sedap ke tak!
3. Nak buat cookies banyak-banyaaaaaaaak!
Disebabkan faktor mengidam yang begitu tinggi dan ketidaklamaan menghasilkan cookies, cuti ni memang nak balun habis! Habis la duit mama! Anak dia nak buat macam-macam cuti ni. Lepas buat cookies banyak-banyaaaaak, nak tengok movie banyak-banyak sambil mengunyah enak cookies itu! Ouh, ini pun ada orang mintak order. Tapi, saya tak buat. Sebab jarang balik rumah. Maaf! Kalau saya nak bagi seketul dua free tu boleh la. Ehem. Kawan-kawan saya suka habiskan cookies saya. (nak cakap sedap la tu. hu)
4. Nak buat cakeeeee juga!
Okay, semua pun nampak macam makanan yang menggemukkan. Tak kira, lepas makan boleh jogg kan? Itupun kalau jogg. Ngeh. Nak try semua jenis cake kalau boleh! Pastu nak kasi anak saudara makan! Mereka suka kek saya (okay, nak cakap sedap lagi) ;D
5. Nak belajar masak lauk-pauk!
Secara jujurnya, saya tak reti masak masakan Melayu sangat. Oh, kesian hubby-to-be. Dengan hati yang terbuka, saya akan cuba masak dengan sesedapnya! Sang suami jangan risau ya. Saya belajar ni! (;
6. Nak makan meatballs!
Ini memang harus! Harus okaaaaaaaay!
7. Nak dating dengan Poxxs!
Okay Poxxs! Misi berdating dengan memakai outfit muslimah jubah mesti ditunaikan! Mesti! Mesti! Plus, mari kita berlatih memakai jubah sebagai pakaian kita akan datang. InsyaAllah (:
8. Nak kurus! Ngeh
Saya nak maintainkan badan nih! Ouh, kene kurus sikit lagi. Dengan ini, saya berdoa agar dapat melakukan aktivti jogg saya seperti dahulu kala. Mahu tonned kan badan! Puh! Puh! Mintak-mintak jadi. Ameeeen..
9. Nak main layang-layang bersama oldies!
Ni bukan orang tua! Hee. Ini kawan-kawan lama saya. Panggil mereka begitu sebab mulut semua pun becok. Ngeh. Jom main layang-layang! Pastu saya nak tangkap gambar banyaaaaaaaak-banyak!
10. Nak dekatkan diri kepada Allah (:
Okay, this should be the first one kan. Tapi nak buat ayat touching. So, kena yang last. Alhamdulillah, for me mimpi itu ada baiknya. Semoga saya dapat mendekatkan diri dengan Allah dengan lebih dekat lagi. Doakan saya! Mahu menjadi orang yang lebih baik daripada sebelum ini! (: (tak touching pun ayat~)
3 komen yang bernas?:
long time no see yaa
hye dak baik! hehe. yup2. it has been a looooong loooong time. skrg baru rs nk update blog. heh (;
happy blogging again!
jom blogging again!uhuks...gian meatballs!!T.T
Post a Comment