Dalam Al-Qur'an Allah s.w.t. menjelaskan :
1) Kepastian tentang mati : 2) Kematian itu datang sesuai dengan ajal yang telah ditetapkan ke atas mereka (manusia). 3) Kemana saja manusia pergi/berlari kematian tetap akan mengejarnya. 4) Kematian datang tanpa pilih umur, tanpa pilih waktu dan tempat. 5) Cara mati : Rasullullah s.a.w. bersabda :6) Apabila telah tiba hukum Allah kepada seorang hamba untuk mati dan dikuburkan pada suatu tanah, Allah mengadakan suatu keperluan baginya untuk pergi ke tempat itu (sehingga mati dan dikuburkan pada tanah di situ)." ( Riwayat At-Tirmudzi )

Kami menziarahi pusara arwah. Sedih. Pilu. Aku cuba untuk menahan kesedihan yang menguasai diri. Puas aku memujuk hati. Allah lebih sayangkan arwah. Aku harus redha dengan ketentuan Illahi. Kematian itu pasti. Seusai sudah menghadiahkan Ibu Surah dan Yasin kepada arwah, aku terduduk sendirian di pusara. Keseorangan. Mungkin meratapi pemergian arwah. Mungkin juga aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan ketika itu. Mungkin juga perasaan tidak boleh menerima masih menyelubungi diri. Aku tidak pasti! Sejenak aku termenung. Titisan air mata keluar dari mataku dan jatuh ke bumi milik Allah. Aku seakan tidak percaya bahawa teman karibku telah meninggalkan aku di dunia ini. Aku tahu aku harus redha. Aku harus pasrah. Tapi, apakan daya. Manusia ini amat lemah. Tidak aku sedari, air yang dari tadi hanya menurunkan dirinya secara bertitis-titis kini bertukar dengan begitu lebatnya. Aku tidak sedar, aku teresak-esak keseorangan di situ. Ya Allah. Benarkah apa yang aku lalui kini? Adakah ini realiti? Allah.. Aku masih tidak bersedia menghadapi semua ini!
Dan ya. Aku masih bersyukur! Kerana, sandiwara sebentar tadi hanyalah satu ilusi semata-mata. Alhamdulilllah. Ia hanyalah sebuah mimpi dan bukannya realiti! Aku terjaga daripada tidurku. Kurasakan pipiku basah. Mungkin aku teresak-esak dengan hebatnya sehingga terbawa-bawa ke dunia realiti. Aku bergegas memberitahu temanku apa yang terjadi dalam sandiwara mimpiku tadi. Tapi, aku menyesal. Mimpiku membuatkan temanku sedih walaupun dia berterima kasih kerana mengingatkannya kepada kepastian itu. Dan aku percaya, mimpi itu bukanlah sesuatu yang negatif bagiku. Mimpi itu telah memberikan aku peringatan yang mungkin aku alpa akan kepastian itu. Kepastian yang semua makhluk Allah di dunia yang fana ini akan mati.
"Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tiada Tuhan kecuali Engkau. Engkau Penciptaku dan aku hambaMu yang tetap dalam kesetiaan dan janjiku sepanjang kemampuanku. Aku kembali kepada-Mu dengan kenikmatan dan kembali kepada-Mu dengan dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada pengampun dosa-dosa kecuali Engkau. Ya Allah, Engkau maha pemberi ketentraman dan perdamaian. Dari Engkau lah datangnya ketentraman dan perdamaian."
0 komen yang bernas?:
Post a Comment