Wednesday, February 18, 2009

sampai bila?

Hati aku sentiasa bertanya. Mengapa kita perlu menjaga hati & perasaan orang lain daripada menjaga hati kita sendiri? Persoalan yang selalu benar berada di dalam kotak fikiran aku. Kadang-kadang, aku cuba untuk memahami. Mungkin benar kita perlu menjaga hati mereka. Mungkin, ini adalah salah satu cara untuk mengelakkan pertengkaran berlaku? Demi menjaga nama baik persahabatan itu, kita sanggup memberi satu torehan kepada hati kita sendiri. Yelah, kata orang kita juga perlu beralah untuk memahami sahabat, pasangan atau sesiapa sahaja yang berada di sekeliling kita. Jika api dengan api, bermakna sebuah hubungan baik tidak mungkin akan terjalin.

Akan tetapi, mengapa kita sahaja yang perlu melakukan 'pekerjaan' tersebut? Mengapa mereka seakan-akan tidak sedar bahawa mereka juga perlu 'bekerja'? Dan sampai bila kita perlu 'memberi hasil' kepada mereka? Kadang-kadang aku terfikir juga. Adakah kita ni dilahirkan tanpa hati & perasaan? Sampai orang lain tidak pernah terfikir untuk menjaganya? Oh, mungkin orang lain pernah berkata bahawa kita ni seorang yang tiada perasaan. Tapi, pabila difikirkan semula, ditenung kembali.. Jika kita tiada perasaan, mengapa kita boleh berubah daripada menjadi seorang yang happy-go-lucky ke sad person?

Argh! Manusia.. Semuanya tahu untuk menjaga hati diri sendiri sahaja! Pabila ditanya apa fungsinya menjaga hati & perasaan orang lain? Jawapannya senang sahaja. Untuk mengelakkan pertengkaran. Ahh.. Common answer! Takkan tidak rasa sekelumit pun hendak menjaga hati & perasaan sendiri? Bohonglah jika jawapannya TIADA.

Ya, mungkin orang pernah berkata, "Maafkanlah.. Dia tak sengaja tu.. Sedangkan nabi memaafkan umatnya. Inikan pula kita. Sabar je lah". Hm, entahlah. Kita & Rasulullah terlalu banyak bezanya. Jika hendak dibandingkan, ah.. Sangatlah jauh. Seperti langit & bumi! Kita tidaklah semulia Rasulullah. Tidaklah sebaik Rasulullah. Jika hendak bersabar. Sampai bila? Sampai gunung berapi sabar tu hendak meletus? Barulah kita hendak berterus-terang?

Fikirkanlah.. Aku bukannya hendak membatu apikan sesiapa. Tapi kita fikirlah diri kita sendiri. Sometimes we have to be selfish. Yeah! Sometimes.. Hanya dalam perkara tertentu sahaja. Aku teringat kata-kata Dr. Fadzillah Kamsah. Sebelum tidur, kita perlulah muhasabah diri. Jika seseorang telah buat kita sakit hati, maafkanlah sebelum kita melelapkan mata.. Mana tahu, kita tidak ada kesempatan lagi untuk membuka mata pada keesokan harinya? Ajal maut di tangan Allah.

Aku bukanlah hendak menyatakan di sini bahawa kita perlu membalas dendam atau apa.. Cuma, kita juga ada hak untuk menjaga hati sendiri. Kadang-kadang kita perlu menyedarkan seseorang yang sudah melampau perangainya. Ya, hanya untuk menyedarkan. Tapi, di sudut hati kita perlu juga memaafkan mereka. Cuba jadi sebaik yang boleh. Jadikan diri kita lebih baik daripada semalam.

Sekiaan.. ;D

**Aku tengah kesian kat sorang junior aku.. Sian dia.. ;(

2 komen yang bernas?:

Adorable A :) said...

wuuuu. insaf seyh T______T

ME said...

huhu.. insap?
haha.. luahan prsaan dr hati yg sm..
tu jd cm gtu.. ;p
beb, IMY damn much laaaaaaa!