Friday, December 17, 2010

Nakal Jugak Aku Dulu


Bila tengok kat newsfeed FB aku ni, ramai gila join segmen Abg Ben. Aku yang tak pernah minat nak join benda alah macam ni tiba-tiba laju je nak join. Sebab cerita pasal sekolah! Bila cerita pasal sekolah, sumpah la banyak gila kenangan yang menerjah minda aku ni. Sebab aku ni bukanlah budak baik sangat, kudus ataupun skema masa kat sekolah dulu. Tapi sebab baik tu masih ada dalam diri aku ni walaupun sikit, aku ada jugak ikut rules kat sekolah. Takdela sampai semua rules pun aku nak langgar kan.

[Nama sekolah rendah & menengah aku]
1. Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs (1995)
Masa ni kudus lagi. Nama pun darjah 1 kan. So, hingus sendiri pun tak reti lap lagi. (aku tipu. hoho!)
2. Sekolah Kebangsaan Batu 9 (1996-2000)
Baru je jadi budak baru kat sekolah tu, aku dah berpuak. Mak ai. Tak sedar dengan title budak baru. Kes 'TAKNAK KAWAN KAU' tu dah sinonim dengan aku. Huahua!
3. SMK Perimbun, Cheras (2001- 3 months)
Time ni aku baik sikit. Baik banyak kot. Konon macam nak berubah la.. Plus, pernah pulak aku nak Islam kan orang. Sebab budak tu duduk belakang aku. Siapa tah nama dia. Aku pun lupa. Ilmu tak cukup tapi niat baik aku tu tak kesampaian pulak kan. HAHA! Sebab aku pindah sekolah.. ehem.. sekolah agama.
4. SMKA Maahad Hamidiah, Kajang (2001-2005)
Kat sini paling banyak kenangan yang aku buat. Hoho. Nanti aku kasi pecah cerita zaman ke-tak-mature-kan aku ni.


[Aktiviti Kokurikulum yang diceburi]
Nama pun budak nakal. Nak join koku pun yang gempak-gempak je. Setakat yang biasa-biasa memang tak layan la. Haha! (boooo!~)

NOMBOR 1
Dulu masa sekolah aku suka sangat join kawad kaki. Nak-nak kitorang ni Bomba kan. Lagi la happening kalau masuk part kawad tu. Sebab... ehem.. ehem... kitorang kalau kawad mesti cun punya. Gaya kawad nak ala-ala handsome. Selalu kalau kawad kat sekolah CONFIRM TAK PERNAH dapat saguhati. Mesti tangga teratas la. Tak nombor 1, nombor 2. *ayat bangga gila & riak*
Tapi ada la 1 time ni, kitorang dapat la wakil pergi Daerah. Daerah je pun, tapi bangga gila kot pergi sebab sekolah kitorang memang tak hantar wakil kawad perempuan sampai Daerah. Sekali tu, sebab kitorang ni riak sangat kot akhirnya tak menang pun kat peringkat daerah tu. Sebab kitorang terpakai lebih orang. Then, orang tu suruh buang orang. Kau bayangkan bila orang tak cukup! Nak kawad pun confirm la macam tahi lembu kan? Hampeh! *kesan riak. amek kau!*


NOMBOR 2
Kalau bab buku skrap ni memang aku kena masuk lah! *nak cakap aku kreatif secara halus*
Dari sekolah rendah sampai la ke menengah.
Masa sekolah menengah dulu, aku dengan partner aku, Romizah namanya masuklah buat buku skrap ni. Peringkat daerah jugak kot. Ingat senang la kan masuk benda alah ni. Sekali, mak kaaaaaaauu! Tension nyah! Sampai aku menangis tu! Gila emo! Sebabnya esok nak hantar, haram tak siap! Nak-nak time tu aku dengan Romie berkonflik. Tapi konflik kejap je. Malam nak hantar tu sah-sah la kitorang tak tidur kan. Pukul 7 pagi baru kitorang boleh tidur dengan nyenyak. Tu pun ponteng sekolah. Tapi, budak class cakap kasi can. Pehh! Memang heaven! Kau nak tahu tebalnya berapa? Kau buat 1 jengkal pun belum tentu dapat tandingi buku skrap kitorang. Nasib dapat jugak No.3. Kalau tak aku nak tunjuk eyebags aku kat hakim tu. Huhu..


*Ada lagi. malas nk reveal. poyo tak?*


[Jawatan yang disandang dahulu]
Dulu memang nakal. Nak ambil port pun malas. Setakat datang ambil kedatangan, meeting tak habes lagi, aku yang habes dulu. Hoho. Tapi ada la jugak pegang jawatan. Tak ingat sangat. Tapi pernah la jadi Naib SU, AJK tah pape tah. Sumpah aku lupa. tapi ahli biasa tu memang tak ketinggalan la setiap tahun. Haha!

[Nama guru kesayangan]
Bila sebut cikgu kesayangan ni, tak terkata ramainyaaa! Walaupun aku ni macam tak hot sangat time sekolah dulu *humble* tapi, dengan cikgu kesayangan aku je la cikgu tu boleh ingat aku. Meh nak list kan. Ramai jugak kot!
Sekolah rendah ; Cikgu Fatimah, Cikgu Siti Hajar, Cikgu Norani'ah. (macam cikgu AF pulak first & second tu)
Sekolah menengah ; Cikgu Hashimah, Teacher Ramrah, Ustazah Halijah, Cikgu Zubidah, cikgu sekolah menengah ramai weyh! Boleh tak nak taruk etc?

[Subjek yang paling aku suka & tak suka]
Aku ni macam terasa mature bila aku belajar Economy. Ye la, kau boleh tengok hasil dalam negara, luar negara. Peh! Terasa macam kau paham je semua bila tengok paper pagi-pagi kan. Padahal kau belajar permintaan, penawaran je kot. Tapi subjek ni memang la paling aku minat sekali! Sampai matriks kot aku memang skor Economy. Ini adalah faktor utama aku nak masuk kelas Akaun dulu dan taknak masuk kelas Sains sebab aku tak suka Kimia. Pening aku tengok buku Kimia. Dah nampak kan aku suka dan tak suka subjek apa? Hehe.

[Kawan baik aku kat sekolah]
Dell, Azizah, Wani Jantraz, FAAM, Izzah Shaha.. Eyh, ramai sangat! Tapi yang selalu share rahsia dengan aku masa sekolah manusia-manusia ni lah! Hehe (;

[Cita-cita masa sekolah]
Kecik-kecik dulu masa tulis kat biodata, aku mesti tulis 'Cikgu'. Sebab aku suka nak tick buku orang lepas tu ada signature kita. Pakai pen merah pula tu. Memang kelaaass! Macam kau boleh buat suka hati kau je kat buku orang kan. Mana ada orang nak kasi kau conteng buku latihan dia melainkan cikgu kau. betol tak?
Lepas tu, bila aku terasa matang sikit dan aku memang gilakan Economy, memang aku bercita-cita besar nak jadi Pakar Ekonomi weh. Kau boleh ramal-ramal duit jatuh ke naik, harga kawalan and etc. Memang syok! Tapi sekarang, aku memang ditakdirkan jadi cikgu. Hoho.

[Artis favourite masa sekolah]
Paling aku fanatik gila nak mati KRU! Ini minat dari Tadika okaaayyy! Sampai lagu semua aku boleh hafal! Between Norman, Yusry, Edry sure lah aku minat Yusry kan! Siap masa Yusry kahwin boleh tak suka kot dekat Kak Erra kita tu. Lepas tu macam kena suka jugak lah. Belajar suka sikit-sikit. Cewaaaah!

[Perkara paling tak dapat dilupakan masa sekolah]
Banyak sangat! Sekolah paling aku suka duduk ialah sekolah ke-4 aku tu lah! Kenangan berzillionsss kot!

NOMBOR 1
Dulu suka jerit-jerit kat hostel. Nak-nak hostel aku jauh dari hostel lelaki. Jadi, kau memang tak perlu nak tunjuk sopan santun sangat lah. Memang tak payah nak cover ayu semua tu. Padahal jerit cakap apa je pun.
''Weh, makan apa arini!? Bawak naik tembikai! Aku malas nak turun makan!''
atau
''Weh, mak kau datang! Hasil jangan lupa!''
atau
''Weh, kau nak mandi cop tempat aku kat kolah!''
dan banyak lagi...

NOMBOR 2
Bila part mandi kat kolah, basuh baju sehelai pun macam basuh baju 10 helai. Borak je lebih. Main-main air. Mengumpat orang sana, orang sini. Waktu kau mandi hanya 20 minit pun jadi 200 minit. Ada 1 time tu, dorm aku ada buat salah. Taklah besar mana pun, setakat bawak radio nak dengar siapa menang Anugerah Era je kot. Lepas tu kantoi. Jadi, kitorang 1 dorm kena cuci kolah. Bila kau dengar je kolah, memang horaaaayy la kot! Berenang dalam kolah macam swimming pool kau buat!

NOMBOR 3
Masa prep. Memang kitorang tak pernah nak fokus belajar. Dan kerja hanya gelak dan bercakap dengan suara yang lantang sambil makan biskut bersama susu manis easy squeeze tu. Masa bulan puasa nak dekat raya, kitorang hias bilik prep macam rumah kitorang yang nak raya jugak tu. Buat arc, buat mailbox untuk orang kasi kad raya, langsir nak berjuntai habis, memang suasana raya habis. Cuma, biskut raya je tak wujud kat situ. Sebab fokus nak SPM kononnya.

NOMBOR 4
Pernah buat mogok dekat warden sebab kitorang taknak pindah blok asrama lain. Aku dengan kawan-kawan memang terkenal la jugak dengan kedegilan dan kekerekkan kitorang ni. Sampai masa tu nak SPM warden suruh kitorang pindah asrama. Senang nak urus katanya. Kami yang berjiwa kental dan sangatlah berani ni, selamba je buat mogok taknak pindah. Lastly, kena jugak. Jadi, kami pindah dengan paksa rela.. Sob sob.. );

NOMBOR 5
Masa SPM. Mungkin kami ni masih nak bermogok. Jadi, aktiviti kami adalah masak dalam dorm. Dan kami satu bilik tak pernah turun DM (dewan makan) kot untuk turun makan. Sesiapa yang bertuah lalu depan dorm kitorang akan disuruh untuk mengambil nasi dan lauk yang sedap. Kalau lauk tak sedap, kitorang masak sardin dan telur mata kerbau sendiri. Berasap bilik wa cakap sama lu! Bukan pakai kuali pun masak. Kitorang pakai tin biskut nak masak semua benda tu. Kenangaaan (';


[Jika aku dapat kembali ke sekolah, aku nak...]
Buat semua benda yang aku tak dapat lupaka kat atas ni! Mogok tu excluded la kan. Sebab dah besar ni kena jadi baik banyak! Nak-nak aku pun nak jadi cikgu tak lama lagi. Nanti kena pulak kat batang hidung sendiri. Hoho!


[Kenakalan yang tak dapat dilupakan masa sekolah dulu..]
Kenakalan aku ni tak lah sampai kes juvana kan. Tapi, masa aku nakal dulu alasan aku nak ponteng dari kelas yang aku agak bosan belajar ialah sakit. Kadang-kadang aku cakap aku senggugut, kadang-kadang pening, migrain. Dan aku bukan buat seorang. Malah bersama 2 orang kawanku yang lain. Bila dah selamat sampai bilik sakit, maka stok makanan terhidang dengan hebatnya. Sekali tu, warden datang nak cek. Kami yang tengah makan ni terkejut dan terus buang semua makanan kat luar tingkap (aku buang epal masa tu) dan buat muka sakit dan toyenye. Alhamdulillah tak terkantoi...

*tak lebih 100pp kaaaan? hehe*





nota kaki pada kali ini :
*Zaman sekolah memang zaman yang mengharukan aku. Tsk tsk... (';*

4 komen yang bernas?:

coffeeaddict said...

''Weh, mak kau datang! Hasil jangan lupa!''<--- terbaik! hahaha.

Lulu Caldina said...

Sekarang nakal lagi tak?
good luck

Syafiq Rosli said...

nice memories

ME said...

zatil : HAHAHA! sape2 mak bapak dia yang dtg mmg jd mangsa! tapi nasib semua sama. asal mak dtg je mmg ad hasil. hoho! bestnyeeeee duluuuu! (';


lulu : sekarang nakal byk skit! dulu nakal skit! HOHO!


syafiq : yeah! it was! dan kalau boleh mmg nk blk zmn sekolah (';