Friday, October 16, 2009

Pabila hatiku berkata-kata jiwang! ;p

Saya sayang awak. Saya rindu awak. tapi kadang-kadang saya rasa saya dah hilang perasaan tu kat awak. Walaupun saya rindu awak. Setiap hari!

Saya tak tahu kenapa. Kanapa awak yang dapat buat saya jadi macam ni. Padahal, awak bukanlah ikut taste saya pun. Langsung tak ada! Saya nak orang yang ada janggut comel, tapi awak tak ada. Saya nak orang yang pakai spec, tapi awak takat pakai Rayban. Saya nak orang yang amek course engineering, tapi awak QS je pun.
Tapi, mungkin awak yang buat saya bahagia. Bila saya dengan awak, saya selalu senyum. Saya selalu ketawa. Tak semua lelaki dapat buat saya ketawa, tapi awak dapat. Tak semua lelaki yang boleh jadi good listener, tapi awak dapat. Dan, tak semua lelaki yang open-minded, tapi awak dapat.
Kalau saya ada masalah, awak mesti dengarkan masalah saya? Awak mesti cakap, "Ceritala.. kenapa ni?" Even kadang-kadang awak boleh buat lawak bodoh, dan saya akan marah awak lepas tu, tapi awak sebenarnya nak tenangakan hati saya kan? Saya tahu.. Awak buat lawak sebab awak tak nak saya fikir sangat masalah saya. Sebab awak tahu, kalau saya marah, macam-macam benda saya nak keluarkan. Sebab tu awak nak saya gelak, kan? Dan saya tahu, sebenarnya awak dengar masalah saya.
Kalau awak baca ni, mesti awak gelakkan saya, kan? Dan mesti awak cakap, "Izyan, kenapa ni? Awak rindu saya ea?"
"Bongok! mesti la!" Awak mesti tak kesah kan saya cakap awak bongok. Sebab awak memang patut dapat benda ni. Yes, u deserved it. ;'(

3 komen yang bernas?:

zatil said...

eheheh comell~

hannaani said...

i miss you too!sumpah rindu sangat amat.to you there,i miss you :)

Adorable AZIZAH :) said...

babe, i'm back! haha. xde la ape pun. i didn't update anything. just log in je =P hehehe. care to share with me who that guy is? ;)