Thursday, March 26, 2009

23 - 27 March 2009

.First experience as a TEACHER.
(^_^)y




Isnin. 23 March 2009.
Dengan perasaan yang bercampur-baur; suka, gembira, cuak.. Aku terus melangkah ke pejabat sekolah. Assalamualaikum puan, saya datang nak daftar diri untuk SBE. Okay, aku pun isi la nama aku dalam buku pelawat tu. Kebetulan, ada sorang akak KPLI ni pun nak buat SBE, Kak Fieda. Pheww.. Ada geng. Lega. Tengah dok kebusanan tahap gaban kat bilik guru ni setelah meronda sekolah, tiba-tiba..

Cikgu betol : Kamu free tak? Tolong saya masuk class 4C sekarang. Boleh?
Kami : Err.. Boleh. (takkan nak cakap saya tak boleh masuk cikgu, keje saya banyak ni. sopan betol. haha)

Masuk class 4C. Seperti yang aku jangka. Confirm bising cikgu takde ni. Hah. Buat muka garang. Bagi dorang takut sikit. Masuk-masuk je.. "Yeay! Cikgu baru masuuuk!","Assalamualaikum cikguu!"
(ada gaya dia ni. aku lupa nk rekod video. haha) Mak ai.. Punya la kuat. Nak terkeluar aku rasa anak tekak mereka tu. Haha. Bila nak keluar tu, "Terima kasih Cikgu Farida. Terima kasih Cikgu Izyan". (gaya tersendiri lagi. mmg tak penah ak dgr pn gaya gtu. lagi best dari upin ipin kot. haha). Hah. Lagi best. Siap nama tu. Haha.



Selasa. 24 March 2009.

Masih lagi meronda sekolah. Saja-saja aku nak buang masa. Haha.
Dari dok dalam bilik guru seperti menunggu bulan jatuh ke riba gayanye. Owh, aku menjalankan hari aku seperti semalam. Cuma tiada kelas ganti. Jadi, aku dengan K. Fieda pun lepak kt lib. Keadaan dalam lib tu jangan cakap la. Sampai je bebudak tu, MasyaAllah. Bising bebeno. Nama pun budak kan. Kena la paham. Bila suruh senyap je, tak sampai 10minit da bising balik. Ayoyoyo..~



Rabu. 25 march 2009.

Aku kena masuk kelas pemulihan. Sebab cikgu takde. Cikgu die g kursus selama 3hari! Fuh. Memang mencabar betol! Haha. Selamat jugak. Darjah 3 je turun. Darjah 3 tu pun da lebih 10orang aku rase. Memang mencabar tahap kesabaran aku. Haha. Alhamdulillah dapat jugak la control mereka ni. Apa yang aku tengok la mereka ni, kerja bukan main nak buat cepat. Sebab apa? Sebab nak main dalam bilik tu. Hah, memang penat melayan. Haha. Tapi have fun jugak dengan dorang ni. Dorang ni bagus. Aku bagi keje banyak-banyak pun dorang buat. Ngehehe :)
(elak bagi dorang main sanye)

Lepas je rehat, aku dengan K.Fieda dapat surat relief class. Bukan 1. Tapi 2! Dua-dua dajah 2! Masa nak masuk class 2C, kami tengok class kosong. Sekali rupenye kat padang dorang ni. Bila aku panggil, ade ke dorang ajak aku turun pandang. Siap buat signal 'cikgu turun la' (bayangkan signal tu ye). Owh, budak-budak ni aku kena super-duper garang. Nasib baik la 2B okay. Kalau tak, migraine la jawabnye.



Khamis. 26 March 2009.

Aku masih mengajar budak-budak yang sama jugak pada sebelah pagi sampai la ke waktu rehat. Lepas rehat? Haha. Aku suka. Budak-budak tak payah belajar. Cikgu pun tak payah mengajar. Satu annoucement yang menggumbirakan telah berlaku.

"Perhatian kepada para guru dan murid-murid, diminta semua turun ke padang sekolah bagi menyokong pasukan bola sepak sekolah kita bagi peringkat akhir"

Haha. Best! Apa yang lagi best, sekolah ni menang. 3-2. Macam nak mampus jugak aku sokong. Haha. Tak sia-sia aku keluar suara. Hehe. ;D



Jumaat. 27 March 2009.

Hari ni hari last aku kat sekolah ni. Sedih jugak. Yela, terpakse tinggalkan budak-budak ni. Ceeewaah. Cam da sebati je sekolah tu dengan aku. Haha. And for the last day ni, aku rela hati nak relief class. Dapat 4A. Selamat. Senang handle. Haha. Bila aku cakap je hari ni last day aku, semua budak tanya. "Kenapa cikgu cepat sangat? Cikgu tak ajar pun kitorang lagi". Aduhai. Time ni, terharu pun ada gak. Lagi la tambah
kesedihan aku. Sekali, ada sorang budak ni, "Cikgu, jom la tangkap gambar!", haha. Aku pun apa lagi. Sekali la dengan budak-budak ni. Kepala sama je. Apa yang membuatkan aku lagi terharu bila jadi cikgu ni, masa balik tu dorang sume salam and cium tangan aku. Alahaii.. And, yang lagi best.. Ada la sorang budak laki ni. Keluar last sekali. Masa dia lalu depan aku, dia bagi sumting. Satu kertas biasa yang bergulung. Aku ingat sampah. Tapi, bila aku bukak... THANK YOU TEACHER. Ish, romantik betol budak tu. Haha. Memang terharu even ianya adalah segulung kertas biasa. Aku keluar tengok budak tu terus hilang. Aik? Bapak ar cepat budak ni hilang. Rupenye dia da turun tangga. Gila cepat. Aku terus jerit "Anku, terima kasih taw!". Ntah dia dengar ke tak. Haha. (nama budak tu panjang gila. yang aku ingat nama dia, Anku Muda Muhammad ... owh tak hengat da. tapi, dalam register book nama bapak dia takde sbb nama die punya la panjang)





Hm, even 5hari aku kat situ, tapi aku suka sebab budak-budak dia. Sangat best and hormat cikgu
(ada la sket2 yang slek). Cikgu pun ramai la yang not baaad.. Haha.. ;p
And GB dia sangaaaat spoting. Hebat gila la. Haha. Pss.. Aku patot kena datang meeting PIBG esok. Tapi nak ponteng. Haha.. ;D


3 komen yang bernas?:

hannaani said...

hello cekgu!haha

Adorable A :) said...

alololo~~~ comel gile jd cikgu :)
hehe. da ade student kasi surat :p hehe

ME said...

~nani: hello nani! ank murid ku kah? haha ;p

~ dzis : cikgu comel?! waa! xcited ak dgr! *blushing* hehe..
suat cinta! hehehe ;)