Monday, October 21, 2013

First post for 2013!

Baca tajuk? Nak habis 2013 baru nak buat first post untuk tahun ni. It's been 637 days i didn't post any entry (okay la tu 637. bukan 730 hari) :p


So, what happened in 2012? Boleh kata life untuk last year adalah paling hectic. Since im a final year student, banyak benda yang kena settle before grad. Praktikum, thesis, viva, MQA (ni paling stress), intern, and the list goes on... Sebab banyak sangat yang tak boleh nak ingat. Nak fikir soal jodoh pun tak sempat time ni. Nampak tak betapa bizinya saya sampai guna hiperbola tu? Luls. Nothing much happiest moments terjadi pada 2012 ni, since aku cakap aku bizi kan. Dan rasa macam itulah tahun paling stress dengan study dan jodoh (katanya!). Kamon, im 24... Aim memang nak kawen 25. So, banyak lagi masa nak memilih siapa jodoh saya. Masa tuuuu...


So, masa untuk 2012 pun berlalu dengan kepahitan. Kepahitan tak sempat nak enjoy situ sini macam zaman remaja dulu. Kepahitan kena berpisah dengan teman-teman rapat. Kepahitan mensetelkan benda-benda kat atas tu. Kepahitan putus cintun (tu tipu.. sebab dah cakap, takde masa nak bercinta). Banyak jugak la kepahitan. Walaupun rasa kemanisannya adalah nak habis belajar, dan nak tinggalkan IPG tercintun. Katanya!


For this 2013, things just happened just like 'PAPPP!' (taktahu nak taruk soundefek apa. hihi).
Well, kita merancang, Allah jua menentukan yang terbaik untuk kita.
Dengan semangatnya, aim untuk tahun ni adalah nak pergi umrah and vacay kat Pulau Batam. Tapi both tak dapat pergi. Hahaha! Sebab apa? *wink wink* (;
Sebab mungkin Allah dah makbulkan doa mak aku. Mak aku sangat beria nak aku kawen tahun ni. Even im not ready at all. Seriously, nak jadi bini orang ni bukan senang. Banyak benda kau nak kena ready. Mental fizikal baq hang. Nak dijadikan cerita, aku terjumpa sorang mamat ni masa aku terjatuh tangga. Dengan tak semena-mena, dia datang membantu aku. Bermula dari situlah, kitorang macam sipu-sipu malu dan kenal-mengenal. Tetttt.. Cerita tipu. :p
Moralnya nak habaq aku terjatuh cinta dengan sorang mamat ni. Walaupun pada mulanya tak terniat pun nak jatuh cinta. Tapi lama-lama terjatuh jugak. Sampai rasa nak jatuh over and over again jugak la dengan dia ni. :p Tu la namanya jodoh. Kita tak tahu pun yang kita ni akan berjumpa dengan other half kita dengan sekelip mata. Bercinta la dengan polan mana pun, sampai 5-6 tahun, kesudahnya kalau Allah kata 'Kun fayakun', maka bukanlah jodoh kau dengan dia di situ.


And dalam usia perkenalan yang singkat (gitewwww!), aku pun terima la ajakan kahwin dia tu. Boleh tergelak jugak la bila fikirkan balik. Sebab aku ni kalau diikutkan agak choosy kalau bab memilih ni. Bab keselesaan la yang paling penting. Maybe dia ada magis yang boleh buat aku terpukau dengan dia. Muntaaaahh.. Haha. Okay, cut off cerita pasal ni! Just doakan kitorang kekal jodoh sampai syurga. Tak pandang dah mana-mana lelaki kat dunia ni walaupun sehensem abam Pahrin Ahmad yang nak cari calon cikgu tu. Hahaha. (;


And, boleh kata tahun 2013 ni tahun rezki aku. Alhamdulillah... Rezki jodoh, rezki kerja, rezki dapat anak angkat. Luls. Setelah berperang hidup selama 6 bulan, di mana aku menganggur dengan begitu lamanya (sebab masa habis spm dulu pun tak rasa panas bontot cenggini), finally on July 2013, dapat rezki jadi cikgu. Yeayyyy! Suka sebab dapat mengajar balik. Suka sebab dapat tengok karenah budak-budak lagi. Suka sebab tah. Happy for being a teacher. Even kerja belambak, even boleh rasa burn out dengan bebudak, tapi still rasa kegembiraan menjadi guru tu. Thanks mama sebab paksa jadi cikgu. :D


Okay, dah rasa malas nak taip. Panjang pulak rasanya. Ni pun tetibe ada mood menaip alkisahnya sebab En. Tunang aku baru buat blog. Dan setiap hari menghapdetnya. Seronok katanya dari social network yang lain. Dan tak semena-mena aku pun terdorong nak menaip cerita pasal dia (motifnyaaaa!). Kahkah! Till then, selamat!



*Hello darling! ILY!* (:

Monday, January 23, 2012

Tips Minum Air 2 liter Sehari! (;

Semenjak umur makin berusia ni (cehceh), memacam post pasal beauty aku nak postkan. Kemain~

Sebab munasabab aku buat post tips ni, adalah ianya datang dari pengalaman aku sendirik. Dan kengkawan lain yang sama je masalah dengan aku.
Dulu memang aku ni malas gila nak minum air masak weh. Kalau nak ikutkan, aku minum air masa time menghadap makanan, takpun aku haus. Kalau tak haus, memang sebelah mata pun tak pandang air masak tu haaa..
Tapi bila ada kesedaran nak cantik ni (tediaaaa~) lagi-lagi bila lepas sekolah aku kena jerawat yang teruk, barulah terhegeh-hegeh nak mencari air masak ni. Kalau aku ni ada empat mata, memang empat mata tu mencari air masak.
Bak kata fakta, kita kita minum air koman-koman 2 liter air sehari which are 8 glasses of water.
Takde la banyak mana tips aku ni. Setakat 2 tips je ponnn.. Tapi mungkin membantu korang yang memang malas nak minum air masak ni ke arah menjadikan air masak ni menjadi BFF korangg..

#1 Kalau korang terlebih duit.
Korang boleh beli air mineral yang dalam kotak tu terus. Suka hati la nak beli botol kecik ke besar ke, depends. Kalau aku dulu, aku beli botol kecik. Sebab senang nak bawa g kelas. Tapi parah jugak la. 24 botol tu memang tak sampai seminggu dah habis. 4 -5 hari gitu je kot.

#2 Kalau korang terkurang duit.
Ha, ni cara aku sekarang. Dulu boleh la. Parents yang support beli air berkotak-kotak tu. Sekarang ni macam lebih memahami flow duit mak ayah, aku pakai cara jimat. Haha!
Senang je. Ko hanya perlukan botol 2 liter. Isi kasi penuh. Kepit bawah ketiak korang. Bawak la ke mana saja korang pegi. Dengan prinsip, 'Botol ni mesti kasi kosong sebelum harini!'. Kalau tak sia-sia ko bawak air beberat tapi tak habis pun.
Kalau kau dok menghadap laptop, memang elok sangat ko letak air ko tu depan laptop. Nanti kalau lapar je minum. Lapar je minum. Biarlah 10x pun kau pergi toilet sebab nak kencing. Tu boleh kasi buang toksin namanya tu. Kan bagus. Lagi satu, tu boleh kasi kau kuruuuuss..


Nota kaki : Member aku cakap, kalau nak kurus koman-koman 5 liter air sehari kau kena minum. Haaaa.. Gasaklah kau pergi toilet tu. Tapi memang jadi. Aku penah try!
Selamat mencoba!

Monday, January 2, 2012

Tips Hilangkan Bintik Putih.

Erk? Melayu betul bintik putih tu. Baiklah, kita inggeriskan Whitehead (kepala putih?) Lol.
Kemain haa sekarang kau Dzuly.. Buat tips gituuuh.. Ala, aku pun perempuan wehh! Tak perempuan la tak kasi tips kat blog. (BOOOO!)
Nak jadi cerita, sebenarnya kulit muka aku jenis yang berminyak. Bila berminyak memang la berkeluarga whitehead tu kat muka. Lebih spesifiknya di T zone. Dan nak lagi spesifik di batang hidung!

Agak stress jugak bila kau sentuh-sentuh hidung kau lepas tu rasa bintik-bintik. Ei, sumpah rasa nak pakai kertas pasir kasi smooth. Tapi, lepas tu confirm lagi kasar sebab kudis akibat luka menonyoh.
Aku rasa whitehead aku ni memang jenis tegar. Degil punya jenis. Keras kepala. Hah, memang kaw-kaw aku describe whitehead aku ni. Kau bayangkan betapa degilnya dia tu. Amboiiii diaaa!
Before ni aku penah pakai Biore Cleansing Strip tu. Ala, memang femes pun benda tu kat Watson/Guardian.
Bila first time aku pakai benda ni, memang berjaya habis laaa! Tapi bila dah lama-lama, aku rasa macam whitehead aku ni da lali dengan strip ni. Memang hampa.
And then, disebabkan aku ni jenis rajin google pasal beauty tips (rajin google, rajin buatnya? hmm..) then terjumpa la blog-blog yang cakap white egg ni mampu menghilangkan whitehead tu. Memang femes pun pasal beauty tips ni.

So, memang aku terus try la kan.. Telur sebiji memang ada kat rumah. Ikut punya ikut tips dia, buat. Tapi tak berapa jadi sangat. Sebabnya? Aku pakai kapas muka. And maybe kapas tu macam tak berjaya nak menarik whitehead aku ni, so ada la baki-baki yang tertinggal.
Lepas tu, aku still lagi pakai putih telur tu. Still ikut tips; kau amik putih telur je, pukul sampai berbuih. Tapi aku tak pakai kapas. Aku pakai wet tissue. Aku suggest pakai wet tissue yang wangiiiii sebab wangi tu boleh tutup bau putih telur yang hanyir tu. And hasilnya memang aummm!

Tapi macam aku cakap. Whitehead aku ni degil sifatnya. Dia pun da lali. So, aku try lagi. Kali ni aku buat tips aku sendiri, which are ;

1.Kau amek putih telur
2.Jangan pukul sampai buih! Biarkan telur putih tu cenggitu je! Sebab aku rasa tu lagi kasi gam kat muka kau.
3.Then, kau amek wet tissue potong jadi strip.
4.Celup wet tissue dengan putih telur tu.
5.Taruk kat muka.
6.Tunggu sampai kering/ tissue tu keras. Then tarik!

Lihatlah hasilnya!
Aku nak tunjuk thru picture memang tak dapat la. Sebab aku geli tengok whitehead aku sendiri. Tapi, kalau keberanian aku da memuncak, aku tunjukkan!

Selamat mencuba! (;


Tuesday, November 29, 2011

Walaupun Lambek, Den Totap Nak Post!

I think it's not too late to wish to all Muslim out there, HAPPY NEW YEAR! Even dah 3 Muharram aku baru nak wish, but still in early Muharram right? Okay, every tahun baru yang menjelang memang macam-macam wish list we gonna make and akan cuba sedaya-upaya untuk make it real kan? But for me, biarlah wish list tu sikit, so that senang hati bila tengok dalam check list tu CHECKED! Tapi, apedehal? Kalau korang memang gila bermotivasi sampai 100 wish list pun korang mampu, tafaddhol ya masykuuraaa.. (;

So, untuk tahun baru 1433H ni, i'm proudly say that i wanna make a change to myself. Hope siapa yang baca entry ni doakan aku istiqamah. Bukan untuk aku je, tapi doalah untuk all female Muslim. Ececece! Tapi aku pun tak tahu la kalau mampu ke tak nak buat perubahan ni. Perubahan ke arah yang baik ni sebenarnya tak susah pun. Tapi memang dugaan yang buat kau leka, alpa dan macam-macam kau kena alami sebab syaithooon tu ada je kat mana-mana and setiap masa. So, here we go!



Link[Credit : Ahkak ini]

Saturday, November 5, 2011

#FaktaTentangSaya

Aiseh.. Tajuk bukan main hashtag twitter gitewww! Berbulan aku tinggalkan sarang aku ni dengan alasan utamanya ialah #akudahmalas (boleh jadi hashtag baru ni.lol) Ya, aku da malas nak taip panjang-panjang entri yang tak seberapa panjang sebenarnya. Dan alasan lain yang membuatkan aku tinggalkan sarang ni adalah #akutakdaidea. Ya, hashtag lagi. Dan sebab banyak main hashtag la aku dengan tiba-tiba dapat idea.

#FaktaTentangSaya suka sangat makan dark chocolate. Selain daripada jenis itu kurang makan.
#FaktaTentangSaya bukan seorang yang cool gilaaaa. Sebab saya seorang yang cepat menggelabah.
#FaktaTentangSaya cepat gugup bila jumpa dengan lelaki lagi-lagi jika sekumpulan lelaki walaupun luaran nampak biasa. Ini adalah impak daripada kehidupan saya yang telah hidup selama 4 tahun 6 bulan di IPGK Perempuan Melayu. Selama ni saya cool je, tapi tidak lagi sekarang.
#FaktaTentangSaya emotional. Standard la, nama pun perempuan kan.
#FaktaTentangSaya akan korek telinga setiap hari. Ya, saya tahu itu sangat kasi bahaya dekat saya. Adik saya pun banyak kali warning. Tapi saya degil.
#FaktaTentangSaya pernah suka someone dalam tempoh yang paling lama ; 7 tahun.
#FaktaTentangSaya tak suka lelaki yang berlagak kau hebat, konon macam aku terhegeh dkt kau, tapi hakikatnya kau seorang yang loooserrr!
#FaktaTentangSaya nak kawen pada umur 25tahun, tapi masih tiada calon! Haha! :P
#FaktaTentangSaya cepat rasa nak balas dendam, tapi bila tiba waktu jadi tak sampai hati. Melainkan jika betul-betul keras hati.
#FaktaTentangSaya ada buat bisnes kecilan. Nak tengok pergi la page ni! Hihiks! (;
#FaktaTentangSaya dah malas nak taip panjang-panjang pasal hashtag ni da. Haha! Selamat! (;

Tuesday, August 16, 2011

Bila budak begitu innocent.

#1 Suatu pagi Isnin, semasa perhimpunan berlangsung


Cikgu : Cikgu nak, siapa yang main mercun tadi tu datang ke depan!

Maka, 2 orang murid yang bersalah tersebut pun datang la ke depan. Selang 2 minit kemudian..
Tampil seorang murid lagi datang.

Cikgu : Kenapa awak ke depan?
Murid : Sebab saya bawa mercun cikgu.


#2 Masih lagi dalam perhimpunan yang sama

Cikgu : Siapa kasut yang tak basuh, sila ke depan!

Tampil beberapa orang murid yang ditangkap kerana mempunyai kasut yang kotor.

Cikgu : Kita kena jaga kebersihan diri kita. Kalau tidak... bla.. bla.. bla..
Muncul seorang murid ke depan dengan tiba-tiba

Cikgu : Kenapa awak ke depan? Kasut awak bersih je. Siap kapur lagi!
Murid : Kawan saya pijak kasut saya tadi cikgu. Kasut saya da kotor.


#3 Di dalam kelas, berlangsung sesi P & P

Cikgu : Baik anak murid, harini kita akan belajar mengenal bunyi haiwan. Fairuz, macam mana bunyi ayam?

Fairuz : Kok kok kooookkk!

Cikgu : Bagus Fairuz! Amy, macam mana pula bunyi kucing?

Amy : Meoowww!

Cikgu : Amboi, manjanya kucing awak Amy! Baik, Udin macam mana bunyi buaya?

Udin : Fewwiiit! Hai cik adik. Sorang je? Abang temankan ya?

Cikgu : Bunyi buaya apa tu Udin?

Udin : Buaya darat cikgu!

Tuesday, July 12, 2011

Al-kisah mengajar budak membaca.

'Orang utan berbulu tebal.'

Budak ni mengeja.
Murid :Te/ bal. Tebal!

Guru : Baik, apa ayat ko baca tadi?

Murid sambil tergagap-gagap.
Murid : O.. orang utan ber..bu..lu.. t..t.. tajam.

Guru : *pengsaaaaaaaaaaaaaaaan*